Rabu, 20 November 2013

APA SUDAH JADI, ZAHID PUN DAH TAHU TAKUT KE?

Garang Bagai Hangat-Hangat Tahi Ayam
                  
SEPERTI yang kita semua maklum, sebaik sahaja Datuk Seri Zahid Hamidi mengambilalih Kementerian Dalam Negeri (KDN), banyak 'benda' yang sangat-sangat dihajati rakyat yang sepatutnya sudah lama dilakukan oleh kerajaan akhirnya berlaku di tangan Zahid. Tidak perlulah disebut satu persatu kerana kesemua aktiviti itu masih dan barangkali akan terus dilaksanakan tanpa jadual atau musim.
            Di sesetengah negeri, banyak peremis yang menjalankan aktiviti perjudian mesin berkomputer di tutup operasinya. Rakyat dari setiap lapisan, kaum dan agama amat gembira dan bersyukur. Meski masih ada yang beroperasi tetapi rakyat yakin, mesin judi berkomputer akan dilenyapkan zamannya.
            Penulis pernah paparkan masalah judi mesin ini seperti di sini  dan di sini. Dan lebih kurang pada bulan Ogos, 2013 penulis perhatikan banyak peremis judi mesin komputer dikhabarkan telah di tutup. Di Tanjong Tualang misalnya, kesemua tujuh peremis terbabit ditutup sepenuhnya sehingga akhir Oktober lalu. Bagaimanapun, ketika itu perimis-perimis di bandar-bandar lain masih ada yang beroperasi seperti biasa.
            Masa itu, bermacam-macam cerita keluar dari mulut rakyat jelata. Seronok pun ada, fitnah pun ada. Dikatakan fitnah sebab tidak ada bukti kukuh walaupun ia benar berlaku. Biasalah rakyat memfitnah pihak berkuasa....Tak larat nak dengar.
            Pada anggapan penduduk mungkin proses penutupan berlaku secara beransur-ansur. Namun apa yang berlaku, sejak seminggu yang lalu perimis yang ditutup operasinya hampir tiga bulan lalu, kini beransur-ansur pula beroperasi semula. Yang ini bukan fitnah. Ia benar-benar berlaku. Beroperasi.
            Entah di mana silapnya. Majoriti pelanggan adalah kalangan orang melayu tak kira tua mahupun muda. Bahkan kaum wanita juga ada yang membabitkan diri dalam aktiviti yang keji itu. Menurut sembang rakan-rakan ramai sudah yang jadi papa kedana. Banyak tanah kebun yang tergadai malah ada yang sampai bercerai berai. Rumah tangga porak peranda. Yang dah nak sewel-sewel pun ada! Yaa Rabbi!                  Penduduk tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku. Dalam tulisan sebelum ini penulis ada merasakan apakah tindakan tegas bahagian anti judi dan maksiat tidak bertahan lama. Ini berdasarkan pengalaman lalu. Riuh rendah hanya sekejap, apabila suasana kembali 'tenang dan aman damai' operasi haram akan bermula kembali seperti biasa.
            Macam biasa, polis tahu, semua tahu. Bukan jauh sangatpun dengan balai polis. Ini apa cerita? Zahid Hamidi, tolong jawab sikit. Jangan banyak-banyak, muak mendengarnya. Cakap banyak pun tak guna kalau habuk pun TARAK! Bak kata orang tepi sungai Perak, kalau mendengarkan cakap, mak datok oi, perempuan mengandung tiga bulan pun boleh gugur dibuatnya! Tapi, tolong jangan kata "kami tak cukup anggota ye..". Itu sudah teramat klise.
            Apa? Nak tunggu penduduk buat laporan resmi? O...gitu ke..    


Jagindas: Syyyyy..Zahid, ingat amanah dan dosa ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.