Guru PGM Kg Temoh, Tapah, Mat San, menerima
sumbangan kenderaan terpakai untuk dijadikan alat
bantu mengajar di pgm tersebut.
|
Tidak Sepada Dengan Pelaburan Kerajaan
Beri
SAMBIL memandu kereta lewat petang tadi, penulis mendengar berita radio dari
saluran Klasik Nasional (Perak: 88.3). Antara lain pembaca berita itu
mengabarkan tentang jumlah pelajar yang telah diberi peluang mengikuti
kursus-kursus di Kolej Komuniti di seluruh negara.
Penulis turut berbangga dengan
kejayaan serta kesungguhan kolej tersebut memberikan latihan dan pengetahuan
kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi anak-anak melayu/bumiputera yang
pencapaian akademiknya kurang meyakinkan.
Anak penulis sendiri
pernah mendapatkan tunjukajar di situ selepas menamatkan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Bermula dari situ dan berkat kesungguhannya, akhirnya berjaya
juga dia menamatkan pendidikan hingga ke peringkat ijazah pertamanya di UiTM,
baru-baru ini. Alhamdulillah, biarpun soal kerjaya masih kabur lagi...
Sepintas itu juga penulis
teringat betapa berapa ramai pula anak-anak melayu yang telah diberi latihan
kemahiran di Pusat GiatMara (PGM) di seluruh negara dalam pelbagai bidang
seperti otomotif, elekrtikal, kimpalan, binaan, jahitan dan banyak lagi.
Asal namanya "MARA"
hinggalah ke UiTM, prinsip utama pendidikan di situ bukan untuk menyediakan pekerjaan
tetapi melatih pelatih-pelatihnya untuk berkerja, sebagai perkerja yang
berwibawa, cekap dan professional dan seterusnya sebagai pengusaha dan menjadi taukeh
besar. Pada penulis, itulah satu prinsip atau visi dan missi yang amat berharga
apatah lagi untuk zaman ini dan kehadapan.
Namun, daripada beratus
ribu (barangkali juga sudah mencecah jutaan) anak murid PGM sejak pusat itu dilahirkan,
kewujudan pekerja mahir mahu pun sebagai taukeh secara nisbahnya masih
menyedihkan. Dengan kata mudahnya, orang melayu masih jauh ketinggalan
berbanding dengan kaum lain yang tidak diberikan latihan secara teratur.
Seoarang rakan berkata
terdapat beratus peremis membaiki motor dan kereta di seluruh negara tetapi
untuk mendapatkan orang melayu sebagai pembekal alatganti boleh dikatakan tidak
ada.
Demikian juga, entah
berapa ratus ribu (juta?) lesen kontarktor kelas F dikeluarkan khusus kepada
bumiputera namun sukar benar untuk menadaptkan kedai melayu yang menjadi
pembekal peralatan pertukangan dan konstruksi. Ada, tetapi secara nisbahnya ia
macam tidak ada.
Bagi penulis, inilah
perkara-perkara yang pihak atasan kena buat kajian dan posmotem setelah
berbilion wang negara dibelanjakan tetapi hasil yang diperoleh negara daripada
pelaburan itu amat tidak setimpal.
Memang, apabila kerajaan
membuat pelaburan menerusi pendidikan ianya bukanlah satu projek yang
mengimpikan laba yang lumayan secara segera seperti mana perniagaan
saham-saham. Tetapi, kita bercakap tentang nisbah - pelaburan, jumlah anak
didik melayu/bumiputera, jumlah insentif dan peluang yang diberikan serta
lain-lain berkaitan berbanding pencapaian kaum-kaum lain dalam bidang dan
aktiviti yang sama atau paling tidak hampir-hampir serupa.
Siapakah yang paling
banyak memilik kenderaan bermotor di negara ini? Melayu kan? Jadi, berdasarkan
itu siapakah pula kuasa pembelinya (termasuk peralatan gantian)? Ya, melontarkan soalan seperti itu memang mudah
namun tidaklah semudah itu penyelesaiannya. Justeru, seperti yang penulis katakan
mengalami ketidak mampuan untuk mengendalikan lagi institusi-institusi
berkenaan pada suatu masa nanti!
Antara yang perlu
difikirkan bagaimana caranya untuk mengelak pembekal melayu mendapatkan
keperluan daripada taukeh-taukeh yang selalunya akan memanipulasi harga dan
ketulenan barangan terutama kepada pengusaha dan peniaga melayu.
Berdasar kepada dasar
pendidikan dan latihan negara, ia mesti diteruskan namun pada masa sama,
sekaranglah juga masanya untuk mengkaji semula dasar serta memastikan halatuju
program-program lampau terbukti jelas mampu membantu membangunkan negara sekali
gus ia bererti meningkatkan taraf hidup dan ekonomi bumiputra menerusi
kepelbagaian bidang-bidang tersebut.
Apa yang disebutkan itu
hanyalah sekadar contoh. Sebenarnya hal-hal sama juga berlaku dalam bidang-bidang
lain seperti pertanian, ternakan dan perniagaan runcit.
Jagindas:
Pelik melihat ada anak muda yang ambil
kursus otomotif tetapi tidak mahu kerja yang mengotorkan tangannya...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.