Perangai Pegawai Memualkan Rakyat
PETANG TADI
dua rakan melepaskan geramnya. Dan, penulis menjadikan diri sebagai pendengar
setia. Kami ditemankan masing-masing secangkir kopi O. Begini katanya:
Cerita 1
Minggu lalu
kedainya didatangi 7 penjawat awam. Lima daripadanya kakitangan / pegawai dari
kerajaan tempatan dan dua lagi adalah anggota polis trafik. Difahamkan
kedua-dua pegawai trafik itu bertindak sebagai pengiring kelima-lima pegawai
kerajaan tempatan tersebut demi keselamatan awam.
Dengan kasarnya, dakwanya, pegawai
berkenaan mengeluarkan saman berikutan rakan saya itu dikatakan tidak membayar
cukai perimis perniagaan bagi tahun berkenaan. Walaupun dia menjelaskan bahawa
keterlupaannya itu disebabkan masih belum menerima surat notis bayaran, namun
saman tetap dikeluarkan juga. Alasan pegawai berkenaan mudah sahaja iaitu pada tahun
ini pihaknya memang tidak mengedarkan notis berkenaan.
Itu tidak jadi hal. Dia akur dan
membayarnya pada petang itu juga tetapi tidak saman. Musykilnya dalam kes ini
dan sehingga sekarang dia masih tertanya-tanya malah jiran dan rakan damai juga
tertanya-tanya: sekadar untuk menyampaikan surat saman itu, wajarkah sehingga lima
orang pegawai menyerbu perimsi niaganya berserta dua orang polis trafik sebagai
pengiring?
Keadaan itu katanya seolah-olah
beliau berniaga ‘benda haram’!
Dan, katanya lagi semasa mereka
memasuki kedainya salah seorang pegawai terbabit telah menyepak sebuah alatan
yang sedang dibaiki anaknya. Pegawai itu memberi alasan terpaksa berbuat
demikian setelah banyak kali menegur dan bertanya tetapi tidak diendahkan oleh
anaknya itu. Untuk mekaluman, anaknya itu adalah jenis OKU (pekak dan bisu).
Jagindas: Begitukah bentuk acuan pegawai muda kita sekarang? Sebab nila setitik,
rosaklah susu sebelanga....
Cerita
2
Rakan yang ini
pula bertandang ke sebuah pejabat tanah bertujuan untuk membayar cukai hasil.
Bukan perkara baru, dia memang melakukannya setiap tahun apabila tiba masanya.
Namun kali ini dia terlewat membayar kerana; pertama kesibukan kerjanya dan
kedua dia tidak dikejutkan oleh notis bayaran (bil) sebagai tahun-tahun
sebelumnya.
Sampai di pejabat, beliau bertanya
kepada pegawai di kaunter mengapa tahun ini beliau tidak menerima notis bayaran
sebaliknya terus sahaja menerima surat ‘merah’ iaitu notis lewat bayar.
Bermakna siapa-siapa yang menerima surat tersebut maka pembayar dikenakan denda
/ saman.
Dan beginilah jawapan yang
diterimanya:
Kaunter: Encik, bukan encik seorang yang tak dapat
notis bayaran, encik lihat di sana (sambil dia menunjuk ke satu sudut dalam
pejabat itu). Masih berlambak-lambak lagi notis berkenaan yang belum dihantar
(pos).
Pembayar: Kalau notis pertama tidak dipos mengapa pula
notis denda (merah) boleh pula dihantar?
Apakah pejabat ini memang mengatur cukai dan denda sebagai jalan untuk
menambah kutipan cukai?
Kaunter: (diam)
Jagindas: Inilah antara contoh agensi kerajaan yang tidak membantu kerajaan
bahkan menambah sebab orang awam getik dan akhirnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.