Selasa, 20 Mei 2014

OPS CANTAS JUDI PRK

Jangan Pula Pandang Remeh Aktiviti Haram Lain

ANTARA tajuk menarik perbualan antara penulis dengan rakan-rakan di warong kopi dalam sehari dua ini adalah usaha pihak berkuasa yang sedang menggerakkan jenteranya dalam satu operasi khas (ops cantas) bagi membanteras aktiviti perjudian sempena pilihanraya kecil (PRK) di perlimen Gelugor, Pulau Pinang. Barangkali juga untuk parlimen Teluk Intan, di Perak.
            Sebagai rakyat yang benci dengan aktiviti perjudian seperti itu, penulis menyokong penuh dan diucapkan syabas serta terima kasih atas usaha pihak berkuasa itu. Memang, apa-apa jenis judi sekalipun pasti memberikan kesan buruk kepada komuniti setempat. Ibarat api, bermulanya kecil-kecil lama kelamaan jika tidak dikawal ia akan memusnahkan bukan sahaja sebuah rumah bahkan boleh meranapkan satu taman hatta sebuah kampung!
            Cumanya, penulis agak tertanya-tanya juga kenapa dengan Aktiviti Perjudian PRK itu? Bagaimana dengan aktiviti perjudian (haram) yang lebih teruk dari itu; yang beroperasi tidak bermusim (365-366 hari); yang berkembang biak macam ulat taik; yang memporak perandakan peradaban manusia tua, muda dan rumah tangga (lebih-lebih lagi kepada orang melayu/Islam) - mengapa ia masih tidak tercantas-cantas???
            Tidak payah disebutlah apa bendanya. Pihak berkuasa pun bukan tak tahu. Bahkan, kerajaan sendiri memperaku bahawa jabatan risik negara kita adalah yang terbaik dan terpantas di dunia. Lagi pun, banyak yang berlaku di hadapan mata mereka juga!
            Justeru??
            Namun, kita percaya pihak berkuasa tentunya ada perancangan tersendiri dalam usaha menangani isu-isu seperti itu lebih-lebih lagi untuk memberi dan mengembalikan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap ketelusan tindakan pihak berkuasa kita.


Jagindas: Datuk Zahid Hamidi, tolong jawab sikit. Ambil perhatian juga kata-kata Makcik Yammy ibu Dyana Sofya calon DAP PRK Tlk Intan tu; Katanya, “…isu pembelot bangsa tidak timbul kerana orang Melayu pun ramai yang belot sesama sendiri..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.