Rabu, 21 Mei 2014

SETELAH ENAM TAHUN TUNGGU JAWAPAN “GAGAL”

Namun Jawapan Itu Masih Meragukan

SEORANG rakan memberitahu dia baru sahaja menerima surat jawapan daripada pejabat tanah sebagai respon terhadap permohonannya untuk mengusahakan (pertanian) di atas sekeping tanah kerajaan secara sewaan bersyarat/sementara (TOL). Surat itu ditunggunya hampir enam tahun malah dia sendiri sudah hampir-hampir melupainya..
            Dalam jawapan ringkas pejabat tanah itu mengatakan permohonan rakan penulis itu tidak diluluskan dengan alasan tanah terbabit tidak sesuai untuk pertanian. Sewaktu beliau membuat permohonan dahulu, beliau dimaklumkan oleh pegawai pejabat tanah itu bahawa kawasan yang dipohon itu masih kosong yakni tidak bertuan malah tidak ada orang yang memohon.
            Apa yang peliknya, ada seseorang yang telah pun mengusahakan tanah tersebut sejak beberapa tahun lalu dengan tanaman sawit dan ternakan ikan (pertanian). Kedua-dua usahanya itu telah pun membuahkan hasil. Pengusaha terbabit pun sudah senang lenang sekarang. Ada konon kata pengusaha tersebut begitu rapat dengan seseorang pegawai di pejabat tanah terbabit.
            Justeru, apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh pejabat tanah itu?


Jagindas:  Pejabat tanah kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.