Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA Vll

'HOME GUARD'...banyak berjasa kepada negara

sambungan dari cerita 6
CERITA 7:  Mengapa CP, CD
(Ching Peng, Che Dat)


DALAM siri cerita dari 1 hingga 6, espisod ini memaparkan cerita yang tak pernah ditulis oleh sejarah, hanya saya kutip daripada memori lama ketika bertemu sumber-sumber yang disebutkan dalam pengkisahan tersebut.
            Saya juga tidak menceritakan kisah Rashid Maidin, kerana saya tidak mempunyai rekod secara peribadi terhadap pemimpin kanan komunis itu yang juga berbangsa Melayu. Seperti saudara, saya hanya tahu tentang beliau menerusi catatan buku sejarah.
            Saya juga akui, tidak ada pengesahan dari mulut pihak satu lagi iaitu Che Dat, Rashid Maidin mahupun Ching Peng. Namun, pengkisahan dari mulut Cikgu Alias semacam menjawab kemusykilan apabila beliau menunjukkan bukti bergambar yang saya amat yakin gambar-gambar tersebut adalah sahih.
            Himpunan daripada cerita-cerita itu  apa yang mahu saya khabarkan kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu, bahawa perjuangan komunis sebenarnya tidak pernah padam. Bezanya ketika ini senjata tidak digunakan kerana senjata lidah lebih berkesan, cekap dan murah.
            Kita kena akui bahawa orang melayu hari ini terutama generasi baru, memang sudah banyak yang terkeliru dengan rupa bentuk ideologi komunis dan yahudi sehingga ada yang sanggup memfitnah secara tanpa perikemanusiaan, memutuskan persaudaraan dengan menghukum sesama sendiri sebagai kafir dan sebagainya.
            Di negara ini, oleh kerana Melayu itu adalah Islam, maka memecah belahkan Melayu itu samalah juga memecahkan Islam. Memang sudah amat jelas apa yang berlaku namun, kekeliruan menyebabkan manusia Melayu itu tidak dapat menerima hakikat agamanya sendiri.
            Percayalah, orang lain (musuh Islam) mengkaji Islam yang rujukannya adalah quran dan hadis untuk mencari kelemahan umat itu. Dan, dengan menggunakan maklumat itulah mereka dengan senang melagakan sesama Islam. Tidak sahaja di Malaysia malahan di negara-negara Islam lain taktik ini sudah lama berlaku dan sudah meragut banyak mangsa.
            Sebab itu, pada hari ini terlalu banyak berlaku pertelagahan pendapat sesama ulamak dan cendikiawan Islam kerana gerakan  tersebut amat senang direncanakan berdasarkan konsep memecahkan Melayu bererti memecahkan agama, adat dan budaya secara serentak.
            Namun, ada satu yang perlu dijadikan teladan ialah semangat, iltizam serta pegangan yang ada pada Che Dat dan Rashid Maidin hingga ke akhir hayat tidak mapan dengan apa jua pujukan dan tawaran dunia, melainkan tetap kekal perjuangan komunis untuk Malaya.
            Orang-orang melayu, pegawai-pegawai melayu terutamanya UMNO hari ini adakah memiliki ketulenan semangat perjuangan seperti itu?? Sukar untuk ditelah. Alangkan pemimpinnya sendiri pun ada yang goyah, inikan pula anak buahnya..
           
Jagindas:      sejauh mana sumpah Hang Tuah, 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' menjadi kenyataan yang keramat, menjadi sukar untuk dipercayai lagi kalau beginilah seterusnya Melayu menghormati agama mereka iaitu Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.