Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA Vlll

SEJARAH NEGARA ..... merdeka!merdeka!merdeka!

sambungan dari cerita 7
CERITA 8:  Bhg. Akhir

DALAM bahagian akhir catatan memori ini saya tuliskan satu peristiwa yang berlaku di pondok usang di mana saya dibesarkan. Peristiwa itu berlaku kira-kira 40 tahun lalu..
            Ketika itu musim durian. Saya menjemput seorang guru mata pelajaran Fizik, bernama Joe Keller. Dia orang Amerika berasal dari Idaho. Dia suka benar makan durian. Malah sambal belacan juga dia suka. Sebelum makan durian, keluarga saya menjamu dia makan nasi berlaukkan gulai lemak pisang emas muda dan sambal belacan.
            Selesai makan, kami bersembang-sembang tentang Malaysia dan Amerika. Secara tiba-tiba, bapak saya datang dari dapur dan terus bertanyakan kepada Joe:
            "Mr, Joe, apa pasal Amerika suka kacau Palestin?", pendek saja soalannya tapi agak kasar. Saya yang masa itu baru berusia lingkungan 16 tahun, hanya gelak-gelak saja sebab masih belum memahami masalah dunia. Maklum, media masa ketika itu amat terhad. Surat khabar pun tak mampu nak beli. Radio dan TV pulak tidak ada di rumah.
            Tahukah anda apa yang dijawab oleh Mr Joe? Ringkas, padat dan penuh amaran!
            "Hei, mesti mengingat, saya orang Amerika!", itu jawapannya. Maknya, dia memberi amaran kepada bapa saya supaya jangan bertanya soalan-soalan yang menyentuh sensitiviti orang Amerika!
            Cuba teliti betul-betul. Dia bercakap di rumah saya. Dia hanya seorang orang putih yang mendagang dan dijemput dengan terhormat. Tapi, lihat bagaimana kental semangat dan kenegeriannya serta kekebangsaannya. Dia tidak kira di mana dia berada, namun AMERIKA tetap dipertahankan. Itulah yahudi!
            Nah, cantumkan semua catatan saya itu (CATATAN PERISTIWA 1-Vlll), adakah rakyat Malaysia sekental itu hati dan nalurinya? Adakah orang-orang Islam di negara ini benar-benar mampu menjadikan agama itu sebagai pendinding yang dapat melindungi mereka daripada segala ancaman musuh sama ada yang nyata mahupun sebaliknya.
            Fikir-fikirkanlah..

           
Jagindas:      Melayu itu Islam. Rosak Melayu rosaklah Islam. Tolong jangan jual agama dan negara ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.