SAMI SUJUD BERSAMA MUSLIM..... .. |
sambungan dari cerita 5
CERITA 6: Perang Psikologi dan Ideologi
MEMAHAMI BAHAWA orang melayu tidak boleh diusik hal-hal
berkaitan agama dan budayanya, maka agama Islam telah dijadikan medium yag
paling berkesan oleh PKM untuk menyalurkan idealoginya itu yang mana ramai
cendikiawan Islam turut tidak menyedari bahawa mereka telah dihasut dan
diresapi oleh ideologi Parti Komunis Malaya (PKM).
Akhirnya, langkah pertama yang
diharapkan telah berjaya di mana orang Melayu semakin berpecah. INGAT, di negara
ini sebut Melayu adalah Islam. Bermakna, impian pertama PKM untuk memecahkan
Islam di Malaysia pada dasar sudah berjaya dengan apa yang kita lihat sekarang
iaitu dengan memecahkan komuniti Melayu.
Sebab itu, Ching Peng kata, PKM
tidak surrender atau berdamai pun
tidak. Apa yang berlaku pada 1993 adalah perletakan senjata yang bersifat
sementara dengan mengekalkan tindak tanduk ideologi serta pengaruhnya. Semua
ini tidak tertulis atas kertas tetapi terpaku kekal dalam hati nubari pemikir
PKM.
Walaupun kini, Ching Peng tidak lagi
di katakan aktif manakala dua orang kuat Melayunya, Rashid Maidin dan Abdullah
CD sudah mati, namun tahun-tahun sebelum ini semua taktikal dan ilmu mengenai
perang psikolgi ideologi komunis sudah diperturunkan sepenuhnya kepada
kader-kader yang kini bergiat aktif dalam politik tanah air.
Justeru, pemikir PKM berkepala batu,
namun mereka tidak sesekali mengabaikan perkembangan sezaman dan antara teknik
yang digunakan oleh yahudi dalam meracuni pemikiran umat dunia menjadi pilihan
komunis juga.
Sebab itu, sama ada kaum Cina,
Melayu mahupun India, iban atau apa saja bangsa yang menjadi warganegara ini
yang sudah termakan dengan santau komunisme ini adakalanya kita lihat mereka
berwajah dua. Sekali wajah dan suaranya macam yahudi, sekali pula gerak geri
dan tindak tanduknya macam komunis. Dan antara langkah-langkah itu, mereka akan
masukan nilai-nilai kekeliruan bagi memudahkan berlaku proses berantakan sesama
Melayu.
Oleh kerana pada pendapat pemikir
PKM senjata sebegini lebih mudah, murah dan selamat, makanya mereka menggunakan
saluran tersebut dalam tindakan menyerapkan ideologi dan psikologi komunis ke
dalam jiwa rakyat di negara ini.
Era perang dan bunuh sudah tiada
lagi kecuali berlaku kebangkitan. Kebangkitan itu adalah tidak lain tidak bukan
kebangkitan golongan Melayu yang masih bersih daripada hasutan pemikir PKM dan
yahudi termasuk mereka yang sudah insaf setelah menyedari mereka sedang berlari
ke neraka.
Dan, mereka memang mahukan perkara
sebegini berlaku bagi memudahkan tuduhan bahawa orang Melayulah yang membina
perkauman sebenar dan menyebabkan berlakunya huru-hara.
Bila itu terjadi, maka ketika itulah
kuasa asing akan masuk dan seperti yang kita lihat di negara-negara luar di sekeliling
kita hari ini, apakah yang terjadi selepas itu?
Jagindas: ada
yang masih tidak terungkai.. mengapa Nabi (saw) bersabda tuntutlah ilmu walau
sampai ke negeri China!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.