AKHBAR UTUSAN MALAYSIA minggu ini melaporkan berita
mengenai Persatuan Kriket Malaysia yang dipercayai bersekongkol dengan Israel (KLIK
DI SINI dan DI
SINI). Seperti yang
umum maklum, bahawa negara ini tidak mempunyai hubungan dipolamtik dengan
negara itu berikutan sikap, sifat dan kebiadapannya terhadap rakyat palestin.
Itulah
sebab pentingnya, semua rakyat kena
faham Bahasa Melayu, pepatah melayu, adat melayu dan makna negara Malaysia yang
berdaulat. Rakyat juga kena tahu, kedudukan negara ini dalam sentuhannya
terhadap dunia global, perhubungannya dengan negara-negara serantau dan antara
benua termasuk politik, ekonomi dan sosialnya.
Jangan
diajar lidah bercakap berbelit-belit. Jangan diasuh minda memikir alasan demi
alasan hanya semata-mata nak menegakkan benang yang basah. Atau demi nak jaga kepentingan diri.
Kalau
negara pun sudah tiada hubungan diplomatik dengan sesuatu negara di dunia ini,
maka sesiapapun atas pentas apa sekalipun atau sifat apa sekalipun tidak boleh
mensabitkan diri dengan apa juga cara dan sebab hatta menyentuh bayang negara berkenaan
sekalipun, jangan.
Justeru, wahai Presiden Persatuan
Kriket Malaysia (MCA), P. Krishnasamy, janganlah beralasan-alasan lagi. Mengaku
sahajalah yang perbuatan itu sudah tersalah langkah, minta maaf kepada rakyat
Malaysia dan jangan buat lagi. Kalau masih ada ikatan, putuskan saja ikatan
itu. Tanpa kriket pun, negara ini tidak akan mundur kalau permainan itu mesti
membabitkan Israel di peringkat antarabangsa.
Habis cerita. Tak percaya you tanya
Datuk Seri Najib, tanya Datuk Seri Hanifa Aman, betul tak saya kata? Kalau malu nak tanya, klik video di atas. Ada faham ka.. Hanifa tu cakap melayu!
Jagindas: b, u,
kata kalu BU. k, u, kata kalu KU - BUKU. huh letih....
orang tua-tua kata (kalau di Perak le): MANTAH BARUT
BalasPadam