Isnin, 2 Julai 2012

MESTI BAGI BN MENANG!

SEMALAM, saya bersembang politik dengan orang melayu. Selepas memaparkan diblog ini cerita itu, saya teringat pula persembangan saya dengan seorang lelaki cina yang pernah menjadi orang kuat parti MCA di cawangannya suatu masa dulu. Sekarang dia sudah tua tetapi masih kental dengan semangat MCA-nya. Namun, malang sekali dia telah diketepikan berikutan teguran-teguran yang dibuatnya terhadap kepimpinan parti itu.
            Saya panggil dia Ah Voon saja. Katanya, orang muda yang menganggotai MCA hari ini banyak dipengaruhi benda-benda lain menjadikan pemikiran mereka agak keras, bercelaru dan adakalanya menyimpang daripada semangat kekawanan sebagai kompenan Barisan Nasional (BN).
            Menurutnya, dia sering menyanggah bilamana kalangan pemimpin tempatan mengusulkan perkara-perkara yang boleh menyentuh keistimewaan dan kedudukan orang melayu terutama hal-hal berkaitan ekonomi. Teguran itu tidak disenangi kaumnya dan akhirnya beliau diketepikan.
             Ah Voon, berkata Malaysia hanya memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah. Oleh itu, semua pihak mesti beri peluang BN dan UMNO menang di semua kawasan pilihanraya pada bila-bila pilihanraya pun.
            "Orang muda tidak merasai bagaimana susahnya untuk hidup masa dulu dan macam mana susah payahnya kerajaan ketika itu berusaha sehingga negara menjadi aman damai sampai sekarang. Peristiwa 13 Mei 1969 sudah cukup dijadikan teladan.
            "Apa lagi yang dia orang mahu. Orang melayu tak pernah usik pun hak orang cina, mengapa pula kita nak usik bahagian mereka. Sekarang berapa punya aman, ke mana pergi dan apapun bisnis boleh buat. Nak cari makan pun senang, nak apa lagi?"
            Demikian, keluhannya ketika mengulas sikap kaum kerabatnya yang disifatkan sebagai tidak berterima kasih dan sengaja mencari fasal kepada kerajaan sekarang.
            Katanya, dia amat bimbang jika BN kalah dalam pilihanraya akan datang kerana beliau tidak nampak lagi keamanan menjadi milik negara bahkan menurutnya akan berlaku jurang antara kaum apabila orang melayu tidak berpuas hati terhadap kepimpinan orang cina.
            Saya terus menanyakannya apakah dia bermaksud orang MCA seperti talam dua muka sehingga dia begitu bimbang dengan suasana politik parti itu sekarang. Beliau nampak serba salah dengan pertanyaan itu namun menyatakan kekesalannya kerana generasi cina hari ini begitu mudah menerima tipu daya puak DAP .
            Saya cuba melebarkan lagi persoalan tersebut dengan membawa pemikiran Ah Voon melihat kawasan-kawasan pilihanraya yang undi penentunya adalah orang cina atau di lokasi yang ramai kaum cina.
            Kepada soalan itu, dia hanya menggeleng-gelengkan kepala. Beliau hanya menegaskan apa sekalipun rakyat mesti bagi BN menang dalam pilihanraya kali ini, jika tidak katanya nak cari makan pun susah nanti.
            Katanya lagi, kalau nak diikutkan beliau sudah tua hanya menunggu masa untuk mati. Beliau sepatutnya tidak perlu lagi memikir apa akan jadi pada negara ini esok atau lusa. Tetapi, dia memikirkan masa depan anak cucu cicitnya agar dapat hidup di negara ini seperti yang dia nikmati sekarang. Kerana baginya, apa yang dinikmati sekarang adalah sebahagian daripada perjuangan yang dibuatnya ketika muda dulu.


JagindasSaya dok fikir kenapa dia bimbang sangat ni kalau BN kalah! Tapi itulah dia, orang cina tua yang berakal pun mahu BN menang, macam mana dengan melayu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.