Ahad, 1 Julai 2012

SEMBANG AHAD: PADA HEMAT SAYA... bhg, 2 (akhir)


SEBAB ITU kita mahukan pemimpin yang bersih, sebab orang yang bersih sahaja mampu bercakap tentang kebersihan sekaligus ia memberikan harapan untuk menarik kepercayaan khalayak terhadap butir-buah yang dilontarkannya.
            Namun begitu, penyalahgunaan ilmu juga amat berbahaya kepada orang ramai. Manusia secara lahiriahnya mudah tertipu ddengan status dan penampilan sesorang. Kekuatan inilah kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk memerangkap khalayak walau terpaksa menyongsangkan tuntutan ilmu itu sebenarnya.
            Tidak kira yang jahil hatta golongan cendikiawan skalipun boleh terpengaruh dengan songsangan-songsangan makna dan fakta kerana ia digarap sebegitu rupa sehingga berjaya meruntun jiwa pendengarnya.
            Kerap benar orang berkata, malahan kita juga sering menyebut frasa ini: meroboh memang senang tetapi membinanya tidaklah semudah itu silap-silap mungkin tidak terbina langsung!
            Generasi muda hari ini dilahir dan dibesarkan dalam keadaan dunia sudah terbuka. Manakala generasi tua sudah tidak banyak lagi yang tinggal. Golongan ini lebih tahu bagaimana sukar dan perihnya hendak menjadikan sebuah negara Malaysia merdeka. Mereka lebih tahu isi kandung, onak dan duri, rencah kancah kehidupan masyarakat negara ini sebelum dapat dinikmati generasi sekarang sehingga ada yang  tergamak bersikap angkuh dan bongkak.
             Barangkali, inilah yang disebut oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir (Tun), bahawa rakyat Malaysia kini berada dalam proses di mana mereka melupakan asas-asas pembinaan negara yang telah dibina sejak dari zaman dahulu.
            Justeru, masyarakat Malaysia hari ini menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang dihadiahkan oleh negara berikutan jiwa dan naluri mereka yang kosong terhadap sejarah perjuangan asal-usul negara sendiri.
            Ramai yang melaungkan "demi negara agama dan bangsa". Ramai yang berkata "dibakar hangus dicincang hancur, namun berpaling tidak sekali". Namun sekental manakah semangat yang ada dalam nubari mereka.          
            Begitu juga dengan kakitangan awam di sektor kerajaan dan kakitangan di sektor swasta, bahawa tindak tanduk anda juga menjadi perhatian khalayak. Apa juga salahlaku yang pihak anda lakukan atau sesuatu yang dirasakan sebagai tekanan kepada rakyat, kelak akan memberikan kesan yang parah kepada institusi pentabdiran negara.
            Insaflah, kewujudan anda di situ adalah atas nikmat kestabilan, keharmonian dan kemuncahan negara merencanakan ekonominya sehingga anda di kedudukan itu.
            Adil dan tegaslah ketika menyalurkan apa-apa juga bentuk bantuan, pengagihan bekalan-bekalan kerajaan termasuk subsidi mahupun pinjaman, taburan projek-projek fasarana serta kemudahan awam dan lain-lain lagi supaya sewajarnya sampai kepada sasaran yang seberhaknya.
            Agensi-agensi terutama di peringkat bawah harus sensitif terhadap sesuatu tindakan yang perlu diambil dengan segera atau sertamerta bersesuaian dengan kedudukan negara yang stabil ekonominya.
            Kita kena selalu turun padang secara rambang untuk mendekati penduduk terutama yang hanya sekadar mampu "makan untuk hidup". Pertemuan umum dalam majlis-majlis tidak mampu memberi maklum yang jelas kepada kita. Walaupun sebenarnya negara kita nampak mewah, namun bukan semua dapat menikmatinya. Harga barang berbanding nilai wang hari ini adalah antara faktor yang meruntuhkan resah gelisah golongan marhain.
            Sesekali tinggalkanlah bilik sejuk serta mercedes dan jelajahlah kampung, desa dan taman dengan cara merendah. Lihatlah dengan mata kepala sendiri, rasai perihnya dihati, jangan mengharapkan laporan bertulis atau mendengar menerusi meyuarat-mesyuarat sahaja. Inilah sebenarnya yang dikatakan konsep turun padang sebenar.
           

Jagindas:   kalau nafsu memang kuat tapi tenaga dah tak ada, janganlah mabuk nak kahwin dua, tiga, empat... cukup-cukup ler tu..

1 ulasan:

  1. kena pulak kencing manis, darah tinggi, hah! habih semuanye lentok..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.