Belia Luar Bandar Masih Kabur
PETANG TADI secara kebetulan saya bertemu dengan
seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), dikenali sebagai Ahmad Nur, yang
balik ke kampung sekejap kerana ada urusan keluarga, katanya. Dia sedang menuntut di tahun dua dalam jurusan ijazah
Sarjana Muda Seni Halus di UiTM Shah Alam, Selangor. (Apa khabar orang Selangor? hehehe)
Saya
sempat berbual-bual dengannya dan topik kami lebih kepada pengelamannya ketika
mengadakan pameran seni di beberapa galeri termasuk projek terakhirnya musim
ini iaitu mempromosi Balai Senilukis Negara (BSN) sempena Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012).
Dr. Ng Yen Yen tertarik melihat bunga kertas pelbagai warna ketika
melawat Festival Bunga dan
Taman Putrajaya 2012, semalam. [Utusan
Malaysia: 4/7/2012]
Menurutnya,
peristiwa yang manarik sepanjang dia di situ adalah apabila dia didatangi
seorang pemimpin belia dari Pahang yang mahu menjemputnya bagi mendedahkan
kemahiran seni halus kepada kaum belia di tempatnya sebagai satu alternatif
untuk membuka minda belia di situ memajukan diri menerusi bidang berkenaan.
Katanya,
pengerusi belia terbabit meluahkan perasaannya kerana buntu fikir memikirkan
kaum belia di tempatnya sukar memajukan diri masing-masing sedangkan pelbagai
usaha telah didedahkan termasuk bermacam rangsangan dan insentif yang
disediakan oleh kerajaan.
"Bidang
seni seperti ini belum lagi saya dedahkan kepada mereka. Mungkin, saudara boleh
membantu saya dalam mengetengahkan bakat kaum belia di tempat saya menerusi
bidang ini.
"Saya
tidak kira apa bidang yang mereka mahu ceburi, apa yang penting mereka mampu
meningkatkan taraf hidup demi masa depan mereka", katanya ketika
mendapatkan persetujuan saya untuk memenuhi undangannya.
Ahmad
berkata, beliau gembira dengan tawaran itu kerana sebagai pelajar beliau bukan
sahaja perlu menghasilkan karya untuk aktiviti pendidikannya malah pendedahan
kepada khalayak juga penting bagi melihat dan mempromosi pasaran masa depan seni
halus di mata masyarakat.
Katanya,
idea tidak semestinya datang dari dalam kotak minda kita, adakalanya khalayak
luar turut membantu melengkapkan idea
yang sedia ada sehingga menjadikan sesebuah karya menjadi lebih kreatif dan
mampu meruntun jiwa orang ramai.
Jagindas: Doktor
Pakar Forensik sayang abang saya kerana kehalusan seni jahitannya setiap kali selepas
membuat posmotem mayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.