Selasa, 28 Ogos 2012

NASIHAT BUAT MAM DAN BILAL


BELAJARLAH DEMI MENINGKATKAN MARTABAT SEBAGAI IMAM DAN BILAL
GAMBAR HIASAN

KALAU boleh saya memang m  engelak untuk memperkatakan soal-soal imam dan bilal di masjid-masjid terutama masjid di mana imam dan bilalnya tidak memiliki ijazah berkaitan bidang mereka atau yang tidak mendapat pendidikan formal atau khusus mengenai tugas mereka itu.
          Namun, secara tidak sengaja ketika menziarahi seorang rakan sempena mood hari raya masih ada ini, petang tadi, entah bagaimana dalam pelbagai cerita yang kami bualkan terpacul juga cerita-cerita masjid dan surau.
          Menurut rakan saya itu, pada suatu Jumaat di kampungnya, pernah berlaku seorang guru agama sekolah tahfiz yang berdiri di saf belakang imam, bangun selepas imam memberikan salam dimana guru agama tersebut menyambung sembahyangnya sebanyak dua rakaat lagi. Dengan kata lain, dia tidak bermakmum Jumaat sebaliknya sembahyang zohor.
          Selesai dia sembahyang, dia terus merapati imam Jumat berkenaan dan memberitahunya bahawa bacaan Fatihah imam berkenaan dan sebutan memberi salam di tahayat akhirnya tidak betul, makanya beliau terpaksa mengeluarkan dirinya daripada saf Jumaat pada hari itu.
          Cara guru agama itu memeberikan teguran boleh dikatakan bersopan walaupun jemaah masih ramai menunggu kerana ingin tahu mengapa guru agama tersebut berbuat demikian.
          Namun, imam berkenaan tidak dapat menerima teguran itu dengan alasan dia telah menjadi imam sembahyang Jumaat dan sembahyang rawatib selama lebih 30 tahun malah turut mempersoalkan apa pula status sembahyang yang diimamkannya selama tempoh itu berikutan tguran guru agama tadi!
          Jelaslah sepanjang lebih 30 tahun itu tidak ada sesiapun pernah mengamati bacaannya dan sejajar itu beliau tidak pernah ditegur kesilapannya atau kekhilafannya itu. Saya percaya kelau tidakpun 100 peratus namun sebahagian besar hal seperti ini berlaku kepada semua imam di negara ini.
          Beberapa bulan lalu, saya pernah menulis di blog ini mengenai bacaan imam yang 'lagho'  serta sikap imam yang melaksanakan tugasnya secara tergesa-gesa persis dalam keadaan seseorang yang sedang menahan buang air besar. Demikian juga kaedah pembacaan khutbah yang dibaca dalam lengguk terburu-buru.
          Justeru, saya juga turut menyarankan supaya pihak berkuasa yang terbabit membuat pemantauan secara spontan terhadap semua masjid khususnya pada hari Jumaat bagi memastikan sembahyang Jumaat (bahkan sembahyang lima waktu yang lain juga) dikerjakan secara penuh tertib dari segi perbuatan mahupun bacaannya terutama Fatihah.
          Begitu juga para bilal, meskipun nampaknya laungan serta bait-bait azan itu mudah namun "lagho" dan berdosa melaungkannya jika tidak sebut dengan betul mengikut hukum bacaan sekalipun seseorang bilal itu mampu mengalunkan azan dengan suara yang lunak serta indah lagunya.

Wallah hu'allam. Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sama ada yang besar mahupun sekecil zarah.

Jagindas:  termasuk diri saya marilah kita membetulkan bacaan serta sebutan-sebutan dalam sembahyang terutama Fatihah. Tidak semesti menuntut di Al-Azhar, Mesir...Pernahkah kita terfikir mengapa ibadat kita seperti tidak pernah mendapat keberkatan, sedang setiap kali berdoa kita mohon limpah rahmat dan keberkatanNya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.