Ahad, 9 September 2012

KERAJAAN WAJAR IKUT LANGKAH SULTAN JOHOR


Berikutan Pembatalan Pojek Mersing Laguna

PROJEK TERBATAL DGN SENDIRINYA.... Sultan Ibrahim


TITAH  SULTAN JOHOR, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, membatalkan projek mega Mersing Laguna berikutan kegagalan pemajunya memathui syarat-syarat yang di tetapkan adalah satu tindakan yang bijak, adil dan bertepatan bagi mengajar sikap pemaju yang suka mengambil jalan mudah mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan dan impaknya kepada negeri terbabit mahupun nama baik negara. [di sini]
            Malah, langkah sultan Johor itu juga wajar diikuti oleh negeri-negeri lain dan negara sendiri supaya tidak berlaku keadaan di mana pemaju mengongkong kerajaan sehingga membawa kepada pandangan serong rakyat kepada pemerintah.
            Barangkali, jika sejak dulu tindakan seperti ini dilaksanakan kerajaan terhadap pemaju-pemaju, mungkin tidak akan berlakunya banyak projek terbengkalai terutama skim-skim perumahan yang akhirnya kerajaan terpaksa menanggung kos pembangunan semula demi menjaga kepentingan rakyat.


            Memang, tindakan kerajaan itu dipuji bahkan mendapat sanjungan rakyat namun kebaikan yang kerajaan lakukan itu tetap merugikan negara kerana kos-kos pengambilalihan dan pembangunan semula itu juga sebenarnya menggunakan wang rakyat. Sedangkan, wang tersebut boleh disalurkan kepada kos pembangunan yang lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat jelata amnya. Lainlah kalau ada pihak yang memang mengharap berlakunya projek seperti itu bagi mengambil kesempatan membina nama!
            Nampaknya, sikap lembut kerajaan (negeri / pusat) serta pihak-pihak terbabit mendorong ramai pemaju mengambil kesempatan sehingga pemaju terbabit sanggup menganiaya ramai rakyat seperti dalam kes penjualan rumah.
            Akhirnya, tindakan pembeli terbabit yang terdesak sedikit sebanyak menggugat politik dalaman dan ia menjadi keruh apabila beberapa pihak lain yang tidak bertanggungjawab turut campur tangan mengeruhkan keadaan. Padahal, ia hanya bermula dengan sikap pemaju yang bertindak "mempermainkan" kelembutan kerajaan. Inilah yang dikatakan lembut memakan diri!
            Justeru, semua kerajaan negeri termasuk kerajaan pusat wajar mengkaji dan menyemak semula projek-projek pembangunan masing-masing dan bertindak tegas tanpa kompromi kepada pemaju yang mengingkari perjanjian yang telah ditetapkan.
            Tindakan tegas seumpama itu juga dirasakan dapat membantu kerajaan dalam usaha membanteras rasuah di kalangan pegawai mahupun pihak-pihak atasan. Kita juga tidak mahu melihat terlalu banyak orang yang bercakap bagus-bagus namun pada realitinya memalukan!
            Tugas politik adalah menjaga kestabilan kerajaan namun apabila kerajaan menjalankan dasarnya, golongan politik jangan pula ambil  keempatan.
            Untuk mengetahui projek Mersing Laguna, baca di sini. dan di sini.


Jagindas: ....Sudah terlalu banyak berlembut, namun dihomati tidak juga....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.