Macam-Macam Hal Boleh Terjadi
BILA sekutu Pas, atau jelasnya
DAP bercakap yang bukan-bukan terhadap hudud atau sama sekali menentang hudud
seperti yang telah diluahkan oleh Karpal Singh, berebut-rebut pihak atasan PAS
membelanya. Makin mengada-ngadalah pula DAP ini terutama jurucakap mereka si
Singh yang seorang tu.
Tapi, bila
sekutu UMNO yang bercakap seperti itu, wah bukan main lagi melompat puak puak
PAS malah yang tumpang sekaki pun turut mencela. Sebenarnya, penulis sendiri pun awal-awal lagi sudah tidak
bersetuju cara MCA menolak hukum hudud yang dikatakannya hudud ala PAS, tapi
tidak pulak dia sebut macam mana hudud ala BN?
di sini
Orang Islam
sesekali tidak menolak malah tidak boleh menolak hukum hudud kerana ia adalah
perintah yang diturunkan oleh Allah. Itu amat jelas dan jangan pula
dipertikaikan. Cumanya, ulamak UMNO barangkali masih meneliti kaedah cara mana
ia boleh dilakasankan di negara ini berikutan negara ini terdiri daripada
pelbagai kaum, agama dan budaya. Kita mahu apapun hukuman yang akan digubal dan
dijatuhkan nanti adalah bersifat adil dan saksama kepada semua rakyat negara
ini.
Justeru,
kalau orang Islam pun masih mencari "jalannya", maka yang bukan Islam
jangan pulak pandai-pandai nak bercakap tentangnya. Macam-macam hal boleh
berlaku dan macam macam hal pula boleh terjadi nanti!
Sebagai
orang lama dalam politik, tak kanlah Soi Lek tak faham-faham lagi pengkaedahan
sesuatu yang perlu dan tidak perlu dicakap secara publik. Janganlah suka cari
pasal... Rasanya sudah banyak benar yang UMNO tolong cover
MCA ni. Namun dalam bab-bab agama Islam ini, rasanya tidaklah semudah itu UMNO nak
buat covering.
Bagi penulis,N ajib
tidak mengulas ucapan Soi Lek mengenai isu hudud yang didakwa Soi Lek kalau
dilaksana akan menyebabkan 1.2 juta rakyat akan menganggur atau dibuang kerja,
bukan kerana beliau (Najib) setuju pendapat Soi Lek itu. Tetapi, beliau tidak
mahu memanjangkan sesuatu yang difikirkannya akan mencetuskan kontroversi.
Najib tidaklah sebodoh itu..
Namun, rakyat hari ini yang semakin dan sentiasa
peka dengan ucapan dan pergerakan pemimpin-pemimpin mereka, maka isu berkenaan
langsung juga menjadi polemik politik.
BN ada
rentaknya sendiri, jadi tak payahlah nak ikut rentak orang di sebelah sana.
Hadapi dengan bijaksana, bukan dengan akal yang singkat apa lagi yang di luar
kemampuan kita untuk memahaminya, seperti dalam isu hudud ini. Apatah lagi
kalau yang bercakap itu pernah melakukan sesuatu yang amat bertentangan dengan
hukum Islam! Siap ada bukti pulak tu.
Seperti yang
saya kata dalam tulisan sebelum ini, tidak ada hudud ala-ala Pas, hudud ala
UMNO mahupun hudud ala BN. Yang ada hanyalah hudud dalam Islam.
Jagindas: sebab pulut santan binasa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.