WAH, BERGUMBIRA YA? |
Orang Luar Genggam Jadi Emas!
SEMALAM, ketika minum teh tarik bersama rakan-rakan di sebuah
warung, tiba-tiba seorang rakan merungut dengan nada kesal dan meluat:
"semakin
banyak pulak orang bangla di kampung kita ini!"
Manakala yang lain pula berkata:
"anak
siam pun apa kurangnya, bertambah banyak. bersenang lenang berniaga padahal apa
permit pun haram tak ada!"
Perbualan
terhadap isu itu menjadi panas apabila ada antara kami yang menimbulkan hal
seumpama itu telah banyak kali diperkatakan oleh media-media tempatan namun
mereka hairan bagaikan tidak menjadi kudis bagi pihak berkuasa terbabit.
Itu yang
dapat mereka saksikan depan mata. Kalau pergi ke pusat bandar pada hari minggu
pula, kebanyakan pasaraya utama dipenuhi dengan bangla, myanmar, indon dan pada
waktu malamnya di sana sini dari peringkat gerai, warung hingga ke restoran pula
yang diusahakan oleh anak siam begitu meriah.
Paling
malang, rakyat tempatan adakalanya agak gerun terhadap kumpulan pendatang ini
bila mereka bersikap kurang ajar. Namun, pada masa sama ramai pulak wanita
negara ini yang gilakan mat bangla! Ramai jugak yang bernikah dan beranak pinak
serta tidak kurang juga yang main-main
di sana sini.
Sukar untuk
dibincangkan. Orang yang berniaga perlukan untung maksimum, maka dengan
mengambil pendatang ini sebagai pekerja, gajinya murah. Lagipun, penduduk tempatan
tidak berminat untuk menjadi tukang sapu atau buruh. Jadi, kalau tak ambil
mereka sebagai pekerja, bisnis tak jalan pulak!
Dalam pada
itu, ada pulak yang mengambil kesempatan di mana dalam ribu-ribu pekerja itu
masih ada yang tidak mengikut saluran. Ini kerana sikap tamak peniaga atau
pengusaha. Sudah untung nak bertambah untung lagi, tak cukup-cukup! Selalunya,
kes yang inilah yang menimbulkan masalah!
Begitu juga
dengan buruh-buruh dari kalangan mamat indonesia. Kononnya ada juga taukeh yang
liat membayar gaji. Kuli dibuatnya macam kunta kinte. Tenaga diperah bais, gaji
di bayar ala kadar. Kes-kes seperti inilah yang dipercayai menyumbang kepada
tindakan liar dan pelbagai jenayah pendatang terbabit. Akibatnya, penduduk
tempatan juga yang tidur tak lena.
Apapun,
penulis angkat topi kepada kumpulan pendatang ini sebab ramai juga yang sudah
jadi taukeh di negara ini. Ada rumah besar, kereta besar malah punya beberapa
buah lori. Hebat kan?
Jagindas: nak cakap salah, tak cakap salah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.