Di Situlah Penentu Undi Kami
KETIKA
diminta mengulas pandangan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman
semalam yang mahu supaya pucuk pimpinan mengumumkan segera calon-calon bagi
mengelakkan kekecewaan dan tindakan mensabotaj parti, Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, meminta semua pihak tidak terlalu memikirkan
soal calon sebalinya memberikan tumuan sepenuhnya kepada kesiapsiagaan parti
dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini
di sini
Datuk Seri, zaman
tahun 90an dan sebelumnya, pujukan seumpama itu memang relevan. Tetapi era hari
ini pengundi sudah bijak. Mereka tidak mahu tertipu lagi. Mereka juga tidak
mahu dijadikan batu loncatan bagi memberi ruang wakil rakyat mereka mengaut
kemewahan apabila bertitle YB sedang rakyat dibiarkan tidak dijenguk-jenguk.
Rata-rata ke
mana pun pergi rakyat memang akan membuat pertimbangan akhir setelah meneliti
calon yang dicadangkan oleh BN nanti. Penyokong pembangkang satu hal,
masalahnya penyokong BN pun masih tunggu dan lihat!
Dalam erti
kata lain, Soal siapa calon amat penting bagi PRU 13 ini dan seterusnya. Amat
penting! Sesiapa pun dalamBN jangan sewenangnya berkata: "SIAPA PUN CALON
TIDAK PENTING, YANG PENTING KITA MESTI PASTIKAN BN MENANG"
Itu dulu.
Kata-kata itu mungkin relevan pada zaman itu tetapi tidak sekarang. Dalam satu
sembang saya dengan sekelompok pengundi di suatu kawasan Parlimen, saya cuba
mendapatkan reaksi pengundi terhadap ura-ura seorang calon baru bagi DUN di situ
setelah dikatakan YB sedia ada akan megundurkan diri.
Bagai secara
serentak mereka mengatakan: "Jika
orang itulah calonnya, alamat lingkuplah. Belum apa-apa dia dah tunjuk belang.
Bongkak. Cakap dia saja yang betul". Sedangkan yang bercakap di
hadapan saya itu adalah orang BN!
Penulis yang
hanya ingin mendapatkan reaksi tidak berkata apa-apa selain mengabarkan buruk dan
baiknya jika BN kalah. Setakat itu sahaja yang termampu. Namun hak mengundi di
tangan mereka. Mereka yang akan berhadapan dengan wakil rakyat mereka nanti.
Mereka sahaja yang lebih tahu calon mereka itu.
Walaupun
setiap hari ada sahaja keburukan dan onar pembangkang yang didedahkan oleh
media-media, tetapi jangan ingat ia mampu menjadikan pengundi mengetepikan
soal-soal berkaitan calon wakil rakyat mereka. Bagi mereka, isu tetap isu
manakala calon tetap calon.
Justeru, kepada
pemimpin BN seperti Datuk Seri Zambri mahupun Datuk Seri Mohd Najib, pengundi
hari ini memang mahu tahu siapa calon wakil rakyat mereka! Jadi, pilihlah calon
yang tepat yang majoriti di sukai ramai walaupun ketika ini dia seorang yang
tidak popular.
Dalam pada itu
penulis terkejut juga apabila seorang rakan lama apabila dia mendakwa sejarah
politik sesuatu parti di dunia ini hanya bertahan 50 tahun sahaja. Penulis pun
tidaklah berapa pasti sama ada kenyataannya itu betul atau tidak sebab penulis
sendiri tidak membuat rujukan kes tersebut. Bagaimanapun, kalaulah benar
katanya itu, maka kata-katanya itu memberikan maksud yang mendalam.
Jagindias: Dapat rasakan pilihanraya kali ini memang sengit! Apapun
semoga BN diberi peluang lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.