Bank Islam Mungkin Tendang
Azrul
KITA bukan sengaja nak menutup periuk nasi
sesiapa tetapi yang hendak kita beritahu adalah sesiapun kenalah tahu diri di
mana mereka berada. Kalau kita sudah tidak serasi dengan sesuatu tempat, budaya
mahu pun karenahnya, maka adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat
daripada nanti kita akan di sepak-tendang macam kertas bungkus belacan.
Mudah
sahaja kan? Buat apa nak sakit-sakitkan hati orang. Yang hendak disakit hatikan
itu pun bukan orang lain. Kaum kerabat kita juga. Apatah lagi tempat kita
mencipta harta.
Jadi,
elok benarlah Bank Islam gantung kerja budak ini. Kalau memang cukup bukti dia
tu bacul, maka eloklah Bank Islam tendangkan saja Ketua Ekonminya itu iaiitu si Azrul Azwa
yang bacul tak bertempat. Awas Bank Islam, jangan pulak main wayang mahu kasi
orang keliling syok sekejap. Macam inipun ada juga..
Kesediaan
Si Azrul menganggotai parti pembangkang secara terang-terang itu pun sudah
mencabar kredibaliti Bank Islam kemudian ditambah pula dengan kebaculannya membuat
ramalan negatif terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) nanti
[ceritanya di
sini dan di
sini]
Inilah
jadinya kalau; (1) bacul tak bertempat
(2) Diri tak tahu dek untung (3) ilmu tinggi tapi akai tak pakai (4) perasan hebat padahal pengalaman pun baru
setahun jagung (5) perasan semua orang
gerun kat dia konon melayu pakar... (6) paling malang, kalaulah perbuatannya itu
bersebabkan diupah oleh pihak ketiga...
Ini
bukan soal sokong kerajaan atau tidak. Atau ampu sana ampu sini. Ini soal masa
depan negara. Kalau ya sekalipun, apa salahnya meyakinkan ramalan yang positif.
Atau tdak perlulah dijadikan hebahan media. Bukankah lebih baik lapor terus
kepada pihak berwajib. Itu makna Azrul memang nak lihat ekonomi merudum supaya
dengan itu satu pihak lain akan ambil kesempatan untuk memijak BN. Kalaulah Azrul
kata dia tidak berniat begitu, maknanya memanglah budak ini ngaji tinggi tapi
kurang guna akal!
Jadi orang macam ini tidak perlu ada dalam sektor-sektor koperat yang besar-besar. Ini bukan kes tikam dari belakang tetapi memang melejang lembing berhadap-hadapan.
Itupun, kalaulah benar seperti apa yang dilaporkan akhbar dan media-media. Kalau tidak benar atau fitnah songsang, alamat kenyanglah Azrul menyaman pihak yang membocorkan periuk nasinya. Lawan Azrul, jangan tak lawan kalau memang kamu difitnah.
Jagindas: Tak suka nikah
gantung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.