Jumaat, 25 Januari 2013

BILA SUDAH JADI KES POLIS, BIARLAH UNDANG-UNDANG SELESAIKAN


Kes C Sugumaran Tidak Wajar Dipolemik atau Dipolitikan

ITU SEBABNYA, manusia diminta berkelakuan baik, ikut peraturan dan patuhi undang-undang. Peraturan dan undang-undang bukan sahaja yang tersurat di dunia malah itu jugalah yang dituntut oleh agama lebih-lebih lagi oleh agama Islam.
            Jahat satu hal. Yang suka mencabar-cabar pihak berkuasa pun satu hal juga! Kalau yang jahat itu sifat dan keadaannya adalah manusia, mereka juga kena ingat bahawa penguatkuasa juga manusia. Manusia itu ada hati dan perasaan.
            Memanglah, kita juga diminta tanamkan sifat kesabaran. Tetapi siapalah di dunia ini (apatah lagi zaman ini) yang boleh memiliki nilai kesabaran macam Nabi (saw)? Cuba tunjukkan kepada penulis, kalau ada.
            Alim ulamak dan mereka yang bersarban besar bakul, yang tasbihnya tak lepas ditangan pun mempunyai tahap kesabaran yang terhad. Inikan pula orang biasa...
            Bolehkah kita kata anak kita adalah orang baik sebaik-baiknya? Mana kita tahu. Entahkan di depan mata pijak semutpun tak mati tapi di belakang mata kita, syaitan, jin dan iblis pun lari. Sebab perangainya sudah melebihi daripada makhlok halus itu jahatnya. Kita tidak tahu.
            Malangnya, apabila sudah jadi sesuatu yang tidak diingini, cacat cela atau mati misalnya, secepat kilat kita akan menuding ke satu pihak yang dikatakan sabit punca kernanya. Hilang cerita kesalahan daripada dalam kita dan timbul kesalahan orang lain. Itu satu hal. Yang mati, matilah. Tapi yang ada pihak lain pulak yang dapat malang disebabkan malangnya kita tadi.
            Justeru, dalam kes C Sugumaran ini [ di sini] macam-macam masalah telah timbul dan ditimbulkan.Bahkan, banyak kes-kes kematian penjenayah membabit anggota polis telah berlaku. Ada pihak keluarga yang menerimanya dengan redo malah ada juga yang menjadikannya isu sehingga menyusahkan banyak pihak.
            Sejajar dengan itu, semua pihak berkuasa seperti polis patuhilah prosedur operasi yang standard (SOP) seboleh mungkin kerana masyarakat hari ini sudah celik dan ada yang terlampau celik. Lagipun, di negara kita sekarang sudah melambak peguam-peguam.
            Penulis bukan menyebelahi polis atau orang awam terbabit. Masalahnya, mereka itu adalah manusia biasa. Segalanya mungkin bermula daripada 'hilang sabar' setelah bersabar...



Jagindas: Cintailah keamanan sejagat untuk masa depan yang bahagia dan sejahtera...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.