TINGGAL KENANGAN... William dan ibunya |
Jangan Begitu Mudah Yakin Selamat
DENGAN mengambilkira hasil penemuan mayat
kanak-kanak di Klang semalam adalah mayat William Yau Zhen Zhong, 6, yang
dikatakan hilang sejak 8 hari lalu, maka tamatlah sudah sebuah misteri
kehilangan seorang kanak-kanak lelaki yang comel. Yang belum selesai adalah
hal-hal yang berkaitan dengan kehilangan dan kematiannya. Dan, pihak berkuasa
tentulah mempunyai cara yang khusus untuk menyelesaikannya.
Sejak
peristiwa kehilangan itu disebarkan media, rakyat Malaysia sudah berusaha
membantu keluarga terbabit, namun rezeki tidak menyebelahi mereka terutama
Wiliam sendiri - yang akhirnya ditemui mati.
Hanya,
penulis barangkali juga rakyat Malaysia seluruhnya mengucapkan salam takziah
serta berharap keluarga ini akan bersabar dan terimalah kehendak Tuhan dengan
seadanya. Kesedihan tentunya amat terasa lebih-lebih lagi sambutan Tahun Baru Cina
akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi.
Namun
begitu, kepada kita-kita yang lain ini, jadikanlah peristiwa malang ini sebagai
pengajaran dan pendidikan kepada kita semua terutama bagi mereka yang sudah
berkeluarga dan mempunyai anak-anak.
Bahawa,
malang dan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa walaupun di depan mata atau
setelah kita dengan penuh usaha berwaspada terhadapnya. Berhati-hatilah ketika meletakkan
nilai keyakinan diri agar ia tidak memakan diri. Tuhan hanya memberi nyawa
kepada manusia ciptaannya sekali sahaja. Belum ada 'spare part' untuk nyawa. Lagipun, pengganti (jika dapat pun) tidak
sama dengan yang hilang atau yang asal.
Justeru,
bersyukurlah kepada mereka yang masih hidup hari ini dan mereka yang masih
panjang umur..
Jagindas: Apapun,
pendirian penulis terhadap tindakan undang-undang terhadap ibu bapa William atas
sebab kecuaian masih kekal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.