Rabu, 23 Januari 2013

DEMO BERI KITO AMBIK

Najib di Kelantan Nampak ok saja, 
tapi belum tahu weh...

Namo Nok Undi Jangan Harap La...

SUATU KETIKA  dulu, penulis pernah bertugas sebagai ketua pusat mengundi untuk satu pilihanraya umum. Ketika itu Pas memang sudah sepenggal memerintah Kelantan. Suatu malam, ketika sedang mempersiapkan bilik mengundi, penulis menghubungi beberapa pusat bilik gerakan negeri bagi negeri-negeri yang dikira berisiko diserang pembangkang ketika itu, antaranya Kelantan.
             Penulis cuba mendapatkan beberapa pandangan mereka terhadap kedudukan Kelantan ketika itu. Dan, dalam perbualan itu penulis diberitahu bahawa segala-galanya positif. Antara lain, pegawai bilik gerakan itu menyatakan bahawa rakyat Kelantan sudah insaf dan sedar kesilapan mereka memberikan kuasa kepada Pas. Malah, pilihanraya kali itu mereka berpendapat paling kuat pun Pas hanya dapat memenangi 5 kerusi Dun dan tiada satu pun kerusi Parlimen.
            Sebaik sahaja pilihanraya selesai, negara diumumkan bahawa Kelantan terus dikuasai Pas dengan majaoriti besar termasuk kerusi Parlimennya. Penulis menjadi 'upset' dengan keputusan itu bersandarkan kepada cerita panjang lebar pegawai bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Kelantan sebelum pengundian berlaku.
            Sehari dua selepas itu, penulis bertemu beberapa rakan sekerja yang berasal dari Kelantan dan menceritakan pengalaman penulis itu. Sambil ketawa mereka memberikan jawapannya lebih kurang begini:
           "Kalu mu nak tahu itulah Kelantan. Demo meme tak kan bagi doh pada BN. BN bagi la apo pun, demo timo. Duit ko, tanah ko, atau apo-apo pun demo timo. Tapi dale hati, undi tak dok la. Undi tetap bagi pada Pas", katanya dengan loghat Kelantan pekat.
            Apabila penulis kata mengapa jadi begitu, rakan itu menjawab ada dua sebab utama. Pertama, sikap orang Kelantan yang terlalu menghormati Tuan Guru iaitu Nik Aziz. Mereka menggangap NikAziz itu bukan sekadar Tok Guru malah sebagai keramah yang tidak tertanding oleh guru-guru agama lain. Kedua, kerana dendam terhadap perangai orang-orang UMNO sebelum ini yang disifatkan mereka bongkak, angkuh dan tak sedar diri. Jadi, bagi mereka itulah sahaja jalan untuk mengajar puak-puak Umno tersebut.
            Mengikuti laporan gerak kerja dan kempen yang dilakukan oleh pemimpin BN sekarang untuk menghadapai Pilihanraya Ke 13 (PRU13), penulis teringatkan kisah lama itu. Dan, tentunya dalam hati, penulis tertanya-tanya apakah sikap pengundi Kelantan masih sedemikian?
            Namun penulis yakin, kerajaan hari ini telah banyak belajar daripada pelbagai kesilapan lalu dan apa juga strategi yang dilangsungkan hari ini mampu menarik semula pengundi Kelantan menyokong BN. Malah, dengan perkembangan kemajuan serta keperluan hidup zaman ini, penulis juga percaya pengundi-pengundi Kelantan banyak yang telah berubah fikir meskipun tidak 100% tetapi berat kepada BN. Pelbagai isu yang menyongsang perjuangan Pas yang didedahkan secara jujur oleh bekas ahli Pas dan pemerhati-pemerhati politik tanah air juga, penulis percaya turut membantu pengundi-pengundi di negeri itu membuka mata dan minda.
            Pun begitu, dalam apa-apa perjuangan, keyakinan amat perlu tetapi jangan terlalu bersandar kepada keyakinan sehingga kita lupa manusia pada hari ini boleh berupa-rupa. Sedangkan dalam gelanggang sendiri pun boleh menjadi duri dalam daging, inikan pula mereka yang memang sudah lama duduk di luar!
           

Jagindas: Orang melayu ni, sekali dia marah atau benci, memang sukar dia nak lupa begitu saja.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.