Rabu, 23 Januari 2013

DAP TERUS BERI KREDIT KEPADA BN


BN Dijangka Menang Besar Dalam PRU13

ADA satu laporan dalam akhbar tempatan hari ini melaporkan DAP dijangka akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) ini disebabkan parti itu didakwa terlalu angkuh dan sombong [lanjut di sini]
            Demikian pandangan seorang bekas pemimpin parti itu setelah membaca gelagat pemimpin parti itu khususnya Lim Gun Eng yang dilihat semakin angkuh dan biadap terhadap lapisan rakyat terutama golongan bukan Melayu.
            Baguslah. Penulis memang sentiasa berdoa agar pemimpin-pemimpin DAP akan terus angkuh dan tak sedar diri kerana sikap yang begitu akan memberi kredit kepada orang Melayu dan lain-lain bangsa Malaysia untuk menolak DAP seterusnya kembali kepada Barisan Nasional (BN).
             DAP kini tak ubah macam orang kemabukan bir. Meraban-raban dan cakap sembarangan. Media sudah jenuh memaparkan kisah kekejamankomunis dan kaitannya DAp dengan komunis serta PAP di Singapura. Namun, masyarakat masih tidak mempercayainya malah dikatakan pula kerajaan dan media sengaja mengada-ngadakan cerita untuk memburukan parti itu.
            Alhamdulillah, kerana usaha fizik sudah tidak mampu, maka dengan kuasa Allah, pemimpin DAP itu sendiri mempamerkan keburukan-keburukan yang terkandung dalam isi hati mereka. Daripada sikap benci institusi Melayu, benci agama Islam hinggalah kepada proses 'menendang' melayu satu persatu.
            Mengambil contoh di Pulau Pinang, bukan orang melayu di situ sahaja yang sudah terasa bahang kezaliman Cina DAP tetapi juga orang-orang Cina yang dulunya berjuang dalam DAP itu sendiri turut tidak boleh menerima keadaan itu.
            Kepada umat melayu dan Islam, teruslah berdoa agar pemimpin-pemimpin DAP terus mempamerkan keangkuhan, kezaliman serta tidak sedar diri macam orang kemabukan bir dan dadah. Mudah-mudah dengan rupa dan gaya itu, dapat membuka mata dan minda orang melayu dan kaum-kaum lain untuk terus menolak DAP dana mana-mana PRU pun.
            Demikian juga di Selangor. Berdoalah semoga Khalid Ibrahim dan konco-konconya yang dibonekakan DAP dan PKR akan terus ditolak oleh rakyak mnerusi PRU13 nanti. Mereka ini adalah dari jenis melayu kaya yang sudah lupa daratan.
            Memang, setahun dua yang lalu, terdapat rakan-rakan penulis yang marah benar kalau penulis mengutuk kerajaan pimpinan Kahlid Ibrahim. Bagi mereka Pakatan Rakyat (PR) memerintah kononnya lebih sempurna berbanding BN sebelum ini. Namun, setelah beberapa isu serta kepincangan berbukti didedahkan oleh media-media ianya telah menaikkan darah rakyak. Rakan-rakan penulis yang dulu begitu keras pegangannya terhadap PR kini membisu seribu bahasa. Malu agaknya sebab sudah terlajak cakap...
            Sebenar sikap angkuh, bongkak dan tak sedar diri ini sudah diamalkan oleh orang-orang Umno sebelum ini. Itupun masih banyak yang belum dapat 'menyesuaikan diri' lagi... Kalau orang UMNO dan BN masih tak berubah lagi, tak tahulah macam mana nak kata. Konon kata, orang-orang MCA dan MIC pun macam itu juga dulu.. Ranggi semacam!
            Dulu-dulu, DAP ini adalah parti yang 'mesra melayu'. Tahun 1982, ketika itu penulis baru berusia 22 tahun dan memegang jwatan Ketua Pemuda Cawangan. Seorang taukeh Cina dari Kuala Lumpur (dah lupa namanya) pernah menawarkan penulis bertanding atas tiket DAP bertempur di kerusi Dun. Masih ingatlagi janji manisnya: kalau setuju, dia nak bagi sebuah rumah banglo di Ipoh, duit tunai RM400,000-00 (masa itu nilai sebanyak itu besar weh) dan saham percuma bernilai RM100,000 (entah apa sahamnya tak tahulah, agaknya saham ladang babi kut).
            Dengan senyum simpul penulis menolak tawarannya dengan alasan penulis belum bersedia untuk makan babi dan tidur dengan anjing...


Jagindas: Mana ada manusia yang sempurna 100%. Misal kata dalam BN, kalau ada 10 perkara - 7 daripadanya bagus manakala 3 lagi hampeh. Tapi dalam PR, satu saja yang bagus manakala 9 lagi hampeh giler. Jadi, tak kan itupun tak boleh nak fikir. Cuba tanya diri sendiri pulak: setakat mana bagusnya kamu itu???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.