Untuk Pastikan Prosedur dan
Undang-Undang Dipatuhi
TAN SRI MUSA HASSAN seharusnya lebih
rasional apabila mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu badan bebas
memantau polis selepas berlakukannya beberapa kejadian kematian orang tahanandi sini.
Cadangan
Musa itu merujuk kepada kes terbaru kematian C Sugumaran yang didakwa
keluarganya dia mati disebabkan perbuatan polis dan bukan kerana sakit jantung
seperti yang dilaporkan oleh bedah siasat hospital.
Jika
badan khas seumpama itu hendak diwujudkan, ia tidak sehaja memantau kes-kes
seperti itu tetapi juga hendaklah memantau semua kerja polis termasuk
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang pernah didakwa oleh Musa sendiri
sebelum ini di sini.
Bagi
penulis tidak adillah jika polis diperhatikan dalam kes-kes tertentu sahaja
sedangkan banyak rungutan orang awam memperkatakan salahlaku membabitkan polis
dengan orang awam berlaku setiap masa. Namun, apakah wajar kerajaan berbuat
demikian? Ini kerana tindakan seperti itu dikhuatiri pula 'mengganggu' banyak
urusan polis dan ia juga barangkali akan menyebabkan banyak 'kerja' polis akan
tergendala atau mereka berkerja dalam keadaan tidak selesa.
Begitupun,
jika dilihat dari sudut positifnya langkah pemantauan bebas itu juga barangkali
mampu meningkatkan tahap penghormatan orang awam terhadap pasukan keselamatan
itu serta memudahkan tugas polis dalam mengendalikan sesuatu kes berdasarkan
prosedur dan undang-undang sedia ada.
Dengan
kata lain, umpama kata 'A' tetap A, bukan 'a' atau b, c dan lain-lain. Baru
depa ada akai! Bukan ka? Apa pun, kepada semua anggota polis, jangan lemah
semangat, jangan jadikan isu-isu seperti ini melemahkan konsentarsi tugas,
malah jadikan ia sebagai perangsang atau sesuatu yang perlu dibuktikan kepada
mata masyarakat bahawa POLIS DIRAJA MALAYSIA adalah yang terbaik di dunia.!
Jagindas: Jaga-jaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.