MOHD NAZMI FAIZ MANSOR |
Biarkan Dia Berjuang Dengan
Selesa Demi Negaranya
APABILA pemain bola sepak yang muda lagi berbakat,
Mohd Nazmi Faiz Mansor, menyuarakan permohonan maafnya kepada seluruh rakyat
Malaysia lebih-lebih lagi kepada peminat sukan berprestij itu, dan bertegas
bahawa biarlah segalanya menjadi rahsia teramat peribadi bagi dia dankeluarga,
maka semua pihak hendaklah menghormati kejujuran bintang bola itu.
Spekulasi,
polemik dan pelbagai andaian terhadap beliau berikutan keputusannya menutup
mulut daripada menceritakan sebab mursabab mengapa dia meninggalkan Portugal
sepatutnya selepas ini ditutup serta merta.
Sesiapapun
mempunyai hak peribadi dan rahsia peribadi sendiri. Nazmi bukan budak-budak
lagi. Dan, yang paling penting setiap kita sewajarnya menghormati hak peribadi
seseorang hatta rakan karib sekalipun. Apatah lagi seorang pemain bola seperti
Nazmi walaupun ia dikatakan berbintang besar. Sebagai bintang besar memanglah
beliau menjadi hak peminat dan rakyat. Tetapi itu tidak pula bermaksud
menafikan hak-hak peribadinya.
Apa
yang penting sekarang adalah setelah Nazmi menjadi milik PKNS, maka pihak yang
bertanggungjawab hendaklah menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada bersama
Nazmi bagi mencemerlangkan arena bola sepak negara. Sekali gus, bagi Nazmi
beliau akan terus memacu kehadapan bersama usia mudanya dalam bidang yang mencahayakan
hidupnya itu.
Apa
pun Nazmi, penulis ucapkan syabas dan selamat maju jaya!
Jagindas: Dah lama tak dengar istilah 'curi ayam'...
bebudak
sekarang ni tahu ke apa itu 'curi ayam' dalam permainan sepak bola? hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.