Ahad, 10 Mac 2013

ISLAM JENIS APAKAH PENCEROBOH SULU INI?

Ketua PDRM dan Panglima ATM

Tiada Roh Manusia Ditubuh Mereka

ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIMM.., Lahaulawala quwatailla billah hil'aliyil adzimm...subhanallah... Itulah zikir yang mengiringi mata penulis menghayati secebis video yang amat menyayat hati, perasaan dan amat membakar jiwa. Video itu memaparkan kekejaman tentera pencerobohan bersenjata sulu menyiksa, membunuh dan menghina jenazah anggota keselamatan kita yang telah mereka tawan menyebabkan enam daripada mereka terbunuh manaka sebelumnya pula dua anggota turut terkorban dalam satu serangan hendap.
            Seperti yang dilaporkan oleh media, sebelum ini penulis hanya dapat membayangkan keadaan zalim itu namun setelah melihatnya sendiri, nyatalah mereka memang bertubuh manusia tetapi akal, hati perut dan kelakuannya adalah binatang yang sehina-hina binatang. Jikapun mereka mengaku beragama Islam tetapi perilakunya lebih dahsyat daripada lanun. Tak mampu penulis meneruskan menonton pelakuan pengganas apabila sebilah pisau mula menyembelih leher seorang anggota keselamatan kita...Mengirap darah dan tanpa sedar air mata menyayat hati membasahi pipi. Memang laknat! Termasuklah mereka yang bersangkutan dengannya sama ada dari dalam mahupun dari luar negara!
            Memang wajar dan amat tepatlah kerajaan Malaysia menolak gencatan senjata kerana kumpulan terbabit juga tidak mematuhi makna orang tawanan sebaliknya kesemua tawanan di siksa, dibunuh dengan kejam sekjam-kejamnya - kesemua mereka yang terbunuh dipenggal kepalanya kononnya bagi memastikan tawanan benar-benar disahkan mati.
            Mereka bukan sahaja tidak mematuhi aturan Islam apatah lagi untuk mematuhi peraturan dunia seperti yang ditentukan dalam konvensyen Geneva terhadap mangsa dan tawanan perang. Biarpun insiden ini bukan satu peperangan namun kita sebenarnya sudahpun diperangi.
            Justeru, rakyat Malaysia bukan sahaja wajar mengutuk serangan penceroboh bersenjata Sulu itu, malah wajib bersatu hati demi mempertahan maruah dan kedaulatan negara.
            Sesungguhnya, kumpulan yang disifatkan pengganas itu adalah amat biadap, sombong dan zalim yang amat nyata. Bertepatanlah tindakbalas DS Najib yang menolak gencatan senjata bahkan mahu kesemuanya dihapuskan. Seperti yang pnulis kata sebelum ini hapuskan mereka jangan tingalkan walau sebiji benih pun!
            Justeru, wahai rakyat Malaysia (terutama-tamanya Melayu Islam) bersatu hatilah kita mempertahankan negara ini, bersamalah kita mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang negara biarpun dalam politik kita tidak sehaluan sekata. Tetapi ini adalah soal negara dan bangsa kita!
            Allah Huakbar! Allah Huakbar! Allah Huakbar!



Jagindas: Allah Tuhanku, mohon aku kepadaMu, berikan kami kemenangan dan campakkan kepada mereka (penceroboh) kehancuran serta laknat yang bekekalan...Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.