Janganlah jadi seperti ini... |
Janganlah Sampai Nasi Jadi Bubur..
HAKIKATNYA, melayu itu memang
dicemburui sejak dahulu lagi. Bukan sahaja bukan melayu, bahkan antara bangsa
juga turut mencembrui melayu. Pada melayu itu banyak yang mesti dihapuskan
supaya melayu itu tidak lagi disebut melayu yang istimewa. Agama orang melayu
itu hanya satu iaitu Islam. Bahkan dikatakan keseluruhan melayu dirantau ini
beragama Islam.
Inilah
kerja pertama dan utama yang akan dilaksanakan oleh 'orang lain' selain melayu
jika mereka mengambil alih pemerintahan negara ini. Biarpun kita melayu Islam
dalam satu barisan yang tidak beragama Islam, namun melayu dalam saf Umno tidak
mengganggu atau menganiaya hak-hak orang lain. Justeru, mengapa ia tetap
dicemburui?
Kerana
hak istimewanya. Kerana kesultanannya. Kerana dia tidak lagi bodoh macam
mula-mula mereka jumpa dulu. Melayunya kini semakin bergerak maju. Dan mereka
tidak mahu melayu itu setanding kaumnya apatah lagi mendahuluinya. Padahal, hakikatnya
banyak lagi yang melayu itu terkebelakang.
Melayu
kita cuma nampak pada agamanya, sosialnya, politiknya, pendidikannya namun masih
tidak pada ekonominya. Kini pun kita masih tertipu dan diperkotak-katikkan,
apatah akan anak cucu kita nanti?
Ini
bukan perkauman. Kita tidak maksudkan semuanya begitu. Dalam Pas ada melayu
Islam, dalam PKR pun ada melayu Islam malah dalam PR juga ada cina dan india
sama seperti BN. Namun, sebahagian daripada mereka sering mempersoalkan
ketuanan kita dan mereka naik lemak apabila ada melayu yang menyokong konon
Tuhan tidak suka begitu.
Dan
mereka itulah kini dijadikan ayam laga.. Sesungguhnya kita sedang dilagakan!
Jangan, janganlah hanyut sebegitu kerana langkah itu memudahkan mereka menjadi
tuan. Sudah lama benar mereka mengimpikannya..
Justeru,
tidak kiralah siapa melayu itu, atau cina dan india itu, lelaki ataupun wanita
itu, asalkan dia berpayung di bawah Barisan Nasional (BN) berilah kemenangan ke
atasnya. Kerana, hanya itulah sahaja payung yang masih tulen boleh dipercayai
menjaga kita, anak, isteri dan cucu cicit kita dengan mengendong sekali sahabat
handainya yang lain, meski berlainan agama dan budaya.
Makanya,
ayuh damparkan seawal-awal penyesalan tuan-tuan kepada selain BN. Tiadalah
nanti ertinya apabila nasi menjadi bubur, semangkok yang dihirup tak sama dengan
sekepal nasi yang dikunyah!
Apalah
didengar guruh dilangit, belum pun tahu hujan kah tidak, sayang-sayanglah apa
yang ada sebelum tempayan dikosongkan. Bahawa, tidak semua ubat itu pahit namun
tidak juga semua yang manis itu bukan ubat. Jika Tuhan menguji kita dengan
sengsara, redholah dan bertaqwalah terhadap ujiannya itu tetapi jangan sengaja
menempah celaka kelak nanti doa yang dipanjat, bala pula yang Allah beri.
Jangan
berpaling lagi. Pastikan BN kekal mengemudi negara ini!
Jagindas: Kepada
yang ghairah ingin "Tukar" atau "Ubah", renung-renungkan
kembali ke belakang, adakah apa-apa yang telah terlepas ke tangan orang lain dapat
kembali kita sambar? Jadi, mahukah kita serahkan semuanya pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.