Kalau macam ini helang pun keliru! |
Jagindas Pula Kata Musang Berbulu Ayam
AKHBAR Utusan Malaysia semalam
(2/4/13) memetik tulisan salah seorang pemerhati sosio politik negara, Datuk Noor
Azam, berkaitan dengan karenah keselamatan dalam negara masa kini di sini
Manakala
sebelum ini penulis juga pernah menulis hal yang hampir sama di sini.
Namun tulisan Noor Azam lebih detail dan
mantap berikutan ketajaman pengalamannya
sebagai pemerhati politik dan penulis tersohor.
Penulis
percaya dengan berlakunya peristiwa pencerobohan bersenjata Pengganas Kiram di
Lahad Datu, kerajaan Malaysia tentunya telah meningkatkan lebih 100 peratus
keupayaan unit keselamatan negara lebih-lebih lagi bahagian risikan samada di
pihak polis mahu pun tentera dan unit-unit penguatkuasa lain.
Yang
sudah ada di dalam negara menjadi duri manakala yang menjengah-jengah dari luar
pula mencari peluang masa dan ketika penghuni negara tertidur. Bagi mereka
biarpun sepicin pasukan keselamatan kita tertidur peluang sebegitu akan
dipergunakan sepenuh-penuhnya.
Sejarah
perkelahian moden telah menunjuk, kekalahan tidak memberikan keinsafan
sebaliknya menanam dendam yang dalam. Apalagi, 'tangan-tangan ghaib' dari luar
pula tidak henti-henti menghantar api dan bara.
Kata
gurau orang tua-tua, kalau mahukan sesuatu yang buruk itu tidak mengganggu
selamanya maka bunuhlah 'ibunya'. Secara guraunya, kalau tak mahu sakit kepala,
maka buangkan saja kepala!
Sebab
itu, Tun Mahathir mahu rakyat Malaysia menamatkan riwayat politik ketiga-tiga
kepala besar yang membawa petaka dan onar kepada negara seperti Lim Kit Siang,
Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menerusi pilihanraya ke13 (PRU13) ini. Penulis
tambah sedikit: ...serta kaum kerabat mereka yang bersangkutan..
Ini
adalah sebagai langkah proses penjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan masa
depan. Jika situasi dalam negeri berada dalam keadaan stabil, rakyatnya waras
dan kemas, bermakna mudahlah kita menyatukan pemikiran dan semangat seluruh
rakyat negara ini untuk sama-sama membentengi negara daripada ancaman luar.
Kerakusan
nafsu politik hari ini telah membingongkan ramai manusia sehingga mereka tidak
dapat membezakan mana satu kepentingan politik dan yang mana pula kepentingan
negara!
Bagi
negara lain, sebergolak macam mana sekali pun politik dalaman mereka, namun
rakyatnya tidak sesekali berbuat mencerca, menghina mahupun bertindak
menghuru-harakan negara sendiri. Namun, bagi negara yang rakyat nya lemah minda
dan pemimpinnya pula beraja di nafsu akan mudahlah negara itu dimusnahkan.
Telah banyak kita lihat pendedahannya di media-media. Dan amatlah malang
sebahagian besarnya adalah negara Islam, seperti Malaysia juga. Kenapa begitu?
Rakyat
Malaysia khususnya orang melayu mempunyai jawapannya sendiri, namun masih ramai
yang degil dan keras kepala berhati batu kerana tunduk kepada nafsu! Bersultankan
di mata beraja di hati!
Bangga
sangat agaknya mereka itu menghayati peribahasa: Alang-alang mandi biar basah; Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan; Alang-alang retak biar pecah. Padahal, bukankah lebih
baik biar genting jangan putus?
Jagindas: jaga-jaga burung belatuk nak berlaga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.