Sabtu, 6 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (6) - SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

SIAP SIAGA JAGA NEGARA

Mungkin Ada Gaduh....

"Aku rasa sebelum pilihanraya ni lebih baik kita sediakan stok dapur secukupnya. Beras, tepung, gula, kopi, susu, kicap, sardin, garam, gas, panadol dan apa-apa yang patut. Aku rasa tak sedap hatilah... Mana tau, mungkin rusuhan kaum atau rusuhan saudara akan berlaku?"
            Itu adalah antara kalimat 'potong stim' yang tiba-tiba membisik ke telinga penulis. Tidak mungkin! Penulis amat yakin ianya tidak akan berlaku. Biarpun  beberapa insiden di luar negara sering memaparkan kisah-kisan seperti itu, namun penulis percaya rakyat Malaysia yang hanya tidak sampai 30 juta ini menerimanya sebagai pengajaran dan bukannya sesuatu untuk dipelajari.
              Barangkali suara-suara sumbang ini terpengaruh dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini atau mungkin juga atas sebab pendedahan media massa kononnya pihak-pihak tertentu dikatakan merancang untuk mewujudkan keadaan huru hara sama ada sebelum mahupun selpas proses pilihanraya.
            Meskipun, apapun sebarang kemungkinan boleh berlaku, namunpenulis percaya pihak keselamatan negara terlebih dahulu bersiap siaga mengenainya. Ia berbeza sekali sebagaimana berlakunya kejutan tsunami di aceh lima enam tahun lalu. Ia sesuatu yang datang secara tiba-tiba. Ia amat berbeza dengan situasi yang ada dalam negara sekarang. Memang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, namun semua buaya sudahpun dikenal pasti malah gerak geri merekapun kerajaan sudah membacanya lebih awal. Apa yang berlaku di Lahad Datu, juga tidak boleh dianggap kelemahan kawalan keselamatan tetapi ia lebih kepada kedudukan anggota keselamatan yang 'terperangkap'. Pastinya, ia telah mengajar anggota keselamatan kita dengan lebih bersedia dan berilmu.
            Begitupun, mensiap-siaga keperluan dapur bukanlah sesuatu yang tidak baik. Malah pada setiap masa kita wajar memastikan keperluan dapur sentiasa mencukupi. Namun begitu janganlah pula menjadikannya sehingga mewujudkan suasana panik. Sehingga boleh menyebabkan huru hara dan tegang bukan disebabkan perbalahan tetapi oleh perebutan barangan keperluan.
            Bila ini terjadi, ia boleh menyebabkan berlakunya sorok menyorok bahan makanan dan secara langsung turut memberi impak kepada kenaikan mendadak harga barangan. Dan, apabila ini yang berlaku, maka itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk mewujudkan isu buruk dalam negara atau menekan kerajaan.
            Sebab itu, semua pihak harus relaks, tenang dan yakin bahawa negara akan sentiasa aman damai jika semua pihak mencintainya. Provokasi pasti berlaku apabila wujud ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu dalam satu-satu perlawanan. Namun, ia tidak menjejaskan apa-apa jika yang menerima provokasi lebih rasional daripada yang membina provok.
            Justeru, kepada rakyat Malaysia yang risau-risau mengenai sebarang mungkin kejadian yang tidak diingini itu, buangkanlah jauh-jauh rasa curiga dan was-was itu sebaliknya yakinlah pilihanraya PRU13 ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna sekali biarpun sebelum ini bermacam cakap-cakap menakutkan mengenainya didengari.
            Ini adalah fenomena biasa dalam sesebuah negara yang maju dan berbilang kaum dan parti apabila manusia semakin ghairah untuk merebut kuasa menerusi medan pilihanraya.
            Pendidikan di Malaysia bukan sahaja mendidik mereka menjadi bijak tetapi juga melahirkan personaliti yang jujur, amanah, berketrampilan, berprikemanusiaan serta saling hormat menghormati. Kita percaya rakyat Malaysia boleh melakukannya dan membuktiknnya di PRU13 ini.
            Kita sedang menghadapi proses pilihanraya. Ia adalah sesuatu yang normal dan terhormat bagi sesebuah negara yang berdaulat serta mengamalkan sistem demokrasi. Jadi, laluilah ia dengan penuh rasa tanggungjawab bukan khianat!
            Apapun, undilah Barisan Nasional. Lambangnya dacing..Jangan berpaling lagi. Biarkanlah Nik Aziz dan rakan-rakannya itu merepek-renyo sendirian.

Jagindas:  Syabas Guan Eng kerana bersedia serah kuasa dengan aman damai jika nanti terpaksa berbuat demikian selepas keputusan PRU13 diumumkan. Macam itu la yop, baru gentlement! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.