Rabu, 3 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (1) - TAKUT BN KALAH

JANGAN BERPALING LAGI!

Fokus PAS Tidak Melebar

SEBAIK sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pembubaran parlimen pagi tadi (di sini),  ramailah rakan-rakan penulis yang menelfon dan menghantar mesej (sms). Macam-macam usik mengusik pilihanraya daripada mereka. Sejak pengumuman itu juga penulis asyik tersenyum sendirian kerana usikan rakan-rakan itu. Tanding di mana, parti apa? Itu antara usikan mereka..
            Penulis terus ke warung kedai kopi. Di sana ada ramai umat dan ada ramai 'mazhab' politik. Syukurlah, kesemuanya masih boleh bergurau senda meskipun bertentangan agenda politik.
            Seorang rakan yang dulunya adalah penyokong keras PAS memberitahu menulis bahawa beliau kini tidak lagi menyebelahi PAS mahu pun UMNO. Dengan kata lain, dia sudah tidak lagi berpati khusus. Namun katanya, jika umur panjang, dalam mana-mana pilihanraya pun mulai PRU13 ini dia tetap akan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan untuk memerintah negara ini.
            Walaupun usianya sudah mencecah 60 tahun, penulis bersyukur kerana beliau antara beribu orang melayu PAS yang telah sedar betapa parti dan kerajaan sewajarnya mempunyai hala tuju yang jelas. Kini dia nampak nyata bahawa hanya kerajaan BN-lah yang mempamerkan misi dan visi yang jelas itu.
            Katanya, selain daripada pendedahan yang dibuat oleh bekas-bekas pengikut tegar PAS dan PKR seperti Cikgu Non, Zulkifli, ulamak-ulamak sekolah pondok  dan beberapa yang lain beliau juga melihat PAS tidak akan berupaya memelihara kepentingan dan hak-hak orang Melayu jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, adalah juga menjadi penyebab beliau meninggalkan sokongan kepada PAS.
            Malah katanya PAS mungkin akan disepak terajang begitu sahaja oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pakatan itu masih belum berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau ROS) sebagaimana BN.
            "Ikatan mereka amat rapuh. Sedangkan berjanji hitam putih sekalipun orang berani mengingkarinya apatah lagi jika hanya perjanjian di bibir.
            "Ekonomi orang Melayu masih lemah. Apa jadi kalau saham-saham amanah yang dikhusus kepada bumiputera, polisi-polisi tanah anugerah termasuk felcra dan felda akan dirombak dan jadikan hak sama rata?.
            "Ya, sekarang tidak timbul sebab kuku belum mencengkam. Tetapi apa yang dilihat di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor memberikan isyarat semuanya itu akan berlaku. Ooo..tidak mungkin, itu sahajalah yang jelas milik kita," katanya.
            Penulis mengucapkan syabas kepadanya dan berdoa semoga lebih ramai lagi manusia PAS dan PKR dikalihkan Allah Taala hati mereka untuk memilih BN ketika berdiri di kandang mengundi nanti. InsyaAllah, mudah-mudahan BN akan menguasai semua negeri dan parlimen. 
             Allah Huakbar!


Jagindas: Allah akan memberikan taufik dan hidayah, nikmat dan darjah kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki! Demikian juga dengan pilihanraya kali ini, kepada Allah kita berserah setelah semua usaha tertunai sudah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.