Rabu, 3 April 2013

PARLIMEN BUBAR PADA 03.04.13 PADA PUKUL 11.30 PAGI

NAJIB: Parlimen di bubar hari ini

Proses Sebenar PRU13 Bermula!

SEPERTI yang rakyat sedia maklum, pada hari ini (03/04/13) lebih kurang pada pukul 11.30 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri, Najib Tun Razak, telah mengumunkan bahawa parlimen Malaysia dibubarkan dengan rasminya bagi membolehkan proses plihanrayaumum kali ke 13 (PRU13) dilaksanakan.
            Tarikh pembubaran ini juga adalah bertepatan dengan tarikh beliau memegang jawatan Perdana Menteri empat tahun lalu.
            Sehubungan itu Najib mahu rakyat menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan akal dan fikiran yang dianugerahkan Tuhan (Allah swt) agar tidak tersalah langkah apatah lagi sengaja menyalah langkah ketika membuat pilihan.
            Belaiu juga mengingatkan rakyat agar tidak tersalah langkah sehingga sanggup mewujudkan keadaan huru hara atau mengcelarukan proses pilihanraya hanya semata-mata kerana takutkan bayang-bayang.
            Menerusi perutusan khasnya itu juga, Najib sekali lagi mengaku janji bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan nasib rakyat dan negara akan terus dibela sebagaimana yang telah dimaterikan dalam agenda transformasi negara jika BN dipilih semula dalam PRU13 ini.
            Kepada rakyat Sabah, Perdana Menteri memberikan keyakinan supaya penduduk dan pengundi tidak perlu takut dan bimbang untun kemngundi kerana pihak kerajan telah mensiapsiagakan langkah-langkah keselamatan sama ada sebelum, semasa mahupu selepas proses pilihanraya berlangsung.
            Ucapan Najib seterusnya meminta semua rakyat agar tidak mengabai dan menggadaikan masa depan anak cucu menerusi PRU ini. Setiap pemilih hanya diberi peluang sekali sahaja untuk melakukan pemilihan, justeru pastikan peluang yang sekali itu tidak menyebabkan diri dan anak cucu merana sepanjang hayat!


Jagindas: Masanya semua pemimpin parti merendah diri, jaga budi bahasa, jangan timbulkan sebarang kontroversi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.