Datuk A Samad Said |
Mari Kita Kukuhkan Perpaduan Kerana Di situ
Ada Kekuatan
HIDUP BERSAMA - A. Samad Said
Kita sudah sampai di lereng indah,
di bawah pelangi,
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk
bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan
debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan
jati,
sekata hidup, mengerti dan
berbudi.
Kita wajar lagi mendaki kerana
puncak yang jauh.
Dalam gelora dan taufan,
tak tercalar tekad kita kerana
kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam
sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus
menambah lawan
inti tunggak dan menara
kebahagiaan.
NUKILAN: a. samad
said (sasterawan negara)
Jagindas:
Kalau rumah ini sudah tua, mari kita sama-sama gantikan tiang, rasuk, bumbung,
dinding, lantai dan gelegarnya. Atau kita tambahkan tiang dan penampannya agar
ia terus kukuh dan gah! Jangan sesekali dirobohkan kerana di lantai dapur
inilah darah dan air tetuban ibu kita memecah sebelum melahirkan kita yang
membesar hari ini.... Terlalu besar sejarah dan jasanya rumah ini.!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.