Petugas Umno Main Tipu-Tipu...
GAMBAR HIASAN: Sebuah bilik gerakan BN |
1. KHUATIR kalau-kalau tiada orang yang datang ke majlis ceramah kempen malam itu, petugas
yang mengatur majlis kempen telah meuar-uarkan dengan gula-gula iaitu barang
siapa yang datang dengan motorsikal, mereka akan diberikan wang saku (duit
minyak) RMxx.00, sebuah topi (tak pasti sama ada topi keledar atau jenis cap)
dan sehelai baju 'T' biru bertanda BN. Maka ramailah anak muda yang datang ke
majlis tersebut. Namun, selesai sahaja majlis, masing-masing buat tak tahu.
Apabila diminta barang yang dijanji, tiada siapa pula yang mengaku menjanjikan
'hadiah' tersebut. Mana ade! Kesian...
2. KERANA melihat ramai yang pakai baju 'T' biru bertanda BN, maka seorang penyokong kuat
BN memintanya daripada pegawai pilihanraya di bilik gerakan Umno. Malangnya, petugas itu memberitahu: "Kami
pun tak cukup!"
Maka,
beredarlah penyokong tadi pergi ke bilik gerakan MCA dengan harapan dapat
sehelai baju dan sehelai bendera BN. Lalu disergah (gurau) petugas bilik
gerakan MCA itu: "Berapa lu mau? Kita ada banyak wo" Dengan senyum
simpul petugas tadi menyerahkan kepadanya lima helai baju T dan beberapa
bendera BN kepadanya.
Jagindas: Jangan buat macam itu, nanti depa tipu undi
baru hampa tau...Bagi saja laaa, lagi pun bukan harta mak bapak kau pun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.