Isnin, 22 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (38) - LAWAK BODOH KEMPEN PRU

AKTA 574: Antara seksyen yang boleh disabitkan 
dengan kes gaduh..

Kurangkan Guna Tenaga, Lebihkan Guna Akal

GHAIRAH dan bersemangat itu penting ketika mendepani sesuatu yang baik-baik. Dengan kehairahan dan semangat yang kental biasanya akan memudahkan seseoran atau kumpulam manusia itu melakukan yang sukar-sukar bahkan kerap juga memberikan hasil yang lumayan.
            Namun, keghairahan dan semangat itu sewajarnya dilindungi oleh keheningan fikiran dan pemikiran agar ia tidak menyimpang atau tersasar daripada landas yang sebenar. Jika berlaku seperti itu, niat dan hasrat yang baik pun akan bertukar kepada sebaliknya. Kecantikan beralih kepada keburukan. Kebajikan bertukar menjadi musibah! Subhanallah. 
             Kerap benar paparan di media-media orang bergaduh kerana memasang poster parti masing-masing. Bukan sekadar bertengkar malah ada yang tercedera dilukai senjata atau penumbuk. Menagapa ini harus berlaku dalam saat-saat rakyat ghairah dan bersemangat menuju tarikh 5 Mei.
            Peraturan memasang poster dan bendera sudah ditetapkan oleh pihak berwajib. Bermakna, menjadi tanggung jawab petugas parti masing-masing memantau aktiviti itu. Selain itu, kerja-kerja tersebut juga tidak sewajarnya diberikan kepada kanak-kanak bawah umur (18 tahun kebawah). Tidak wajar sama sekali! Sudahlah tidak ada pemantauan, disuruh pula kanak-kanak yang mengerjakannya malah tidak pula diberitahu syarat-syarat dan peraturannya.           Bebudak mana tahu bab-bab ini. Tak ke bangang namanya. Siapa? Petugas pilihanrayalah yang bangang! Terlalu sangat nak mengejar untung sehingga sanggup berbuat demikian.
            Demikian juga bagi pekerja yang sudah dewasa. Selagi tempat itu kawasan awam namanya, tiada siapa (parti) yang berhak mendakwa kawasan situ dan sini hak mereka. Parti mana pun boleh menampal, menggantung dan memacak bendera asal tidak 'menganiaya' poster dan bendera parti lawan. Ingat, peraturan adalah dasarnya. Susah sangatkah nak mematuhi dan memakai arahan, syarat dan peraturan itu?
            Petang tadi khabarnya puak PKR bergaduh dengan puak BN yang kononnya disebabkan satu pihak didakwa menceroboh kawasannya. Akibatnya berlaku pertengkaran dan berkesudahan dengan pergaduhan kecil. Apa ini? Orang-orang besar BN dan orang -orang besar pembangkang elok sahaja duduk semeja makan dan minum sambil ketawa terbahak-bahak, apakah jadahnya pula katak keredik yang dibawah ini nak bertekak dan berlading-lading?
            Itu bukan ghairah dan semangat namanya. Itu kelaku orang kurang akal atau tidak bijak menggunakan akal.
            "Bodo punya olang, busat (besar) punya olang suka-suka makan minum lu olang sama-sama satu kampung pun mahu gadoh ka? Apa dapat? Lu ingat ini hal boleh bikin undi banyak ka? Guna akai la kawan..." demikian komen seorang tionghua selepas dia menceritakan kepada penulis kisah pergaduhan kecil di satu kawasan di Batu Gajah petang tadi.


Jagindas: Bila dikatakan yang bergaduh tu sesama melayu, aduhai malunya aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.