Selasa, 23 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (43) : BUKAN MASANYA NAK EKSYEN..

Ada beza sulah Ahmad dengan sulah Mokhtar

Komen Biasa-Biasa Sudahlah...

BERIKUT adalah komen pemerhati politik tanah air, Saudara Mokhtar Petah terhadap komen Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, yang penulis petik daripada akhbar Sinar Online, yang antara lain..: (laporan penuh di sini)

Keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai Pas semalam tidak menggugat misi Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Selangor, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan.
Menurutnya, kemunculan Muhammad dalam arena politik selepas lima tahun berdiam diri dan menyertai Pas tidak akan memberi sebarang kesan kepada BN
. ...(ahmad maslan)
---------------------------------------
Mokhtar Petah:

Dalam keadaan sebilangan dari ahli - ahli UMNO Negeri Selangor bergembiara, kerfana Tan Sri Muhd. Taib keluar dar UMNO dan msuk ke dalam PAS, lahirlah suara Datuk Ahmad Maslan seperti di atas, yang menampakkan untuk 'menyeronokkan hati taukehnya".
            Ahmad Maslan orang muda, orang baru dalam UMNO. Kalau dibandingkan dengan Muhd. Taib dan Dato Kamalia Abdullah, beliau adalah 'anak yang masih berhi8ngus' dalam arena politik.
            Sebenarkan, dalam menghadapi hari harin penamaan calon dan hari mengundi PRU ke 13, ramai ahli UMNO dalam cawqngan - cawangan dalam Negeri Selangor berharap Muhd. Taib akan membantu mereka untuk UMNO - BN merebut kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat.
Mereka tidak dapat berharap kepada Dato' Noh Omar, Dato' Khir Toyo dan orang - orang lain. Di negeri Selangoir, belum ada orang UMNO yang boleh mengatasi ketokohan, kebijasknaan dan keberanian Muhd. Taib.
            Mungkin Ahmad Mazlan akan menjadi seorang politikus yang bijak, kalau beliau mempelajari sejarah politik Negeri Slangor dan dua tokok politik, iaitu Dato' Haji Harun Idris dan Tan Sri Muhd. Taib. Kemudian belajar lagi kewibawaan bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Terima kasih Sdr Ahmad Maslan kerana 'bersuara'.
(beberapa kesilapan ejaan adalah disengajakan demi memelihara keasliannya)
--------------------------------------
            Justeru, kepada Ahmad Maslan (dan yang sekutu dengannya), penulis berpesan kena fahamlah bahawasanya masa ini adalah waktu berkempen. Apakah Ahmad tahu apa itu kempen? Biar hati kita sakit sedikit tapi jangan menyakiti hati orang lain. Rendahkan nada dan molek-molekkan kata-kata..Belajar, belajar dan belajar lagi..
            Satu lagi, beri penerangan kepada semua petugas jentera BN janganlah asyik 'mengepak'  kehulu kehilir sahaja.....

Jagindas: Untuk kes ini pandangan Mokhtar Petah itu ada betulnya. Selain Ahmad Maslan ada beberapa lagi orang Umno yang tak reti jaga mulut. Janganlah perasan dahi sulah itu tandanya kita cerdik. Secara keseluruhannya itulah kelemahannya orang kita - belum cukup ilmu dah ek (eksyen). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.