Kalau Tak Ada Calon Pas, Undilah DAP
"SIAPA kata Najib (Perdana Menteri) betul? RTM,
TV3, surat khabar semuanya menipu rakyat. Penipu! Nik Aziz adalah sealim-alim
ulamak. Tak ada orang boleh mengatasi ilmu tok guru itu. Jangan main-main
dengan dia. Jangan menghina dia. Jangan percaya kepada apa yang orang Najib
cakap. Semua bohong. Kalau tak ada calon Pas di sini, kita pangkah saja DAP. BN
mesti dikalahkan. Kita perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar!"
Itu
adalah antara dakwaan yang terpacul dari mulut seorang Imam disebuah warung kopi
di mana beberapa orang kampung sedang minum pagi. Dia adalah antara beribu imam
masjid-masjid kariah yang kerajaan bayar elaun kira-kira RM750.00 sebulan. Oleh
kerana dia imam, khalayak tidak menyanggahnya kerana menghormati kedudukannya
dan tidak mahu menjadi kedai kopi medan pertikaman lidah.
Dia
begitu ghairah membahaskan betapa Pas perlu diberi peluang memerintah. Kerajaan
BN wajib ditukar. Keghairahannya semakin memuncak apabila banyak mulut yang
melopong tenganga mendengar hujahnya sehingga masuk ke ruang kes gadis Monggolia
bernama Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan letupan bom yang kemudiannya kes
itu dikaitkan pula dengan Najib. "Oleh kerana Pas tidak bertanding di
kawasan ini, mari kita cari bendera roket dan pasang di rumah
masing-masing", katanya dengan bersemangat.
Khalayak
di warung itu ada berbagai-bagai tetapi melayu semuanya. Pas ada, Umno ada.
Atas pagar pun ada. Setelah imam itu selesai minum dan puas melepaskan nafsu
berahinya sebagai penyokong tegar Pas dan beredar, masing-masing berbahas kecil
dengan kelompok di meja minum masing-masing. Antaranya, suara-suara kecil itu
berbunyi begini;
1.
Betul. Saya setuju dengan Imam itu. Kita mesti tukar!
2.
Usahkan beli surat khabar, dia baca di kedai kopi pun tak ada...cakap macam
bagus-bagus.
3.
Sijil agama apa haram pun tak ada, kira dah untunglah ada orang nak lantik jadi
imam dan dapat elaun tiap-tiap bulan, lagi nak cakap banyak ke?
4.
Ahli keluarga dia sendiri pun tak boleh nak perbetul, lagi nak berkokok pulak?
5.
Muda-muda dulu pun dia tu ehem ehem juga orangnya..
6.
Orang bongkak dan angkuh macam tu la..
7. Saya tolong gantung bendera DAP sebab ada
upah, nak harapkan BN di tipu-tipu deme je..Dah pulak tu, deme bagi pada
kroni-kroni, anak beranak deme je... susah benar nak merasa duit BN nih! Nak
dapat baju T sehelai pun haram tak dapat!
8. Imam macam ini patut dipecat jer!
Penulis
tidak ambil kisah hal-hal sebegini dalam musim pilihanraya seperti ini. Malah suara-suara
komen dan kempen yang lebih teruk daripada itu pun ada kita dengar.
Biasalah..asalkan jaga tertib dan tidak membuat provokasi yang bukan-bukan, sudahlah.
Jangan buat fitnah yang tidak-tidak. Ia bukan sahaja berdosa tetapi
'merbahayakan diri'.
Penulis
cuma tertarik dengan suara-suara sumbang dua para yang terakhir iaitu di para
(7) dan (8). Untuk para (7), sendiri
fikirlah....
Untuk
(8), Kalau kita sergah dia supaya meletakkan jawatan sebab sentiasa menyalahkan
kerajaan sedangkan elaun dan apa saja yang kerajaan berikan disapunya bersih,
sudah tentu dia akan jawab sebagai imam dia telah menjalankan tugasnya (kerja)
dan dengan itu dia berhak dapat upah. Lagipun, kalau dia kata ok dia akan letak
jawatan dan bertanya siapa pulak yang boleh menggantikan tempatnya...Hah! nak
letak muka ke mana? Itu antara sebab mengapa semuanya diam sahaja tadi!
Dan,
itulah juga antara sebab mengapa masih ramai imam-imam masjid yang berfahaman
Pas di kariah-karih menjadi 'mengada-ngada' kerana mereka sudah melihat di
sekelilingnya bahawa tiada orang Umno yang boleh di ketengahkan! Untuk para (8)
itu juga penulis pernah menulis sedikit komen berkaitannya klik di sini
dan di
sini
Nak
kasi ingat semua orang, kalau belajar agama kena ada guru.Tak boleh sekadar
bergurukan buku. Apa lagi main ikut-iku saja. Dengan bunyi bacaan sedap
berdengong berdengam tapi entah ke mana hukum hakamnya pun tak tahu! Masalahnya
sekarang nak pilih guru....yang mana satu idaman kalbu.
Jagindas: Ada
benda-bendanya kita boleh buat secara global dan am. Tetapi ada benda-bendanya walaupun
nampak kecil kita kena buat secara khusus dan menjurus kerana ia boleh memberi
kesan negatif kepada global. Waaa.., apa ni? Sendiri fikir la...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.