Tersepit Antara Rela Dan Redo...
MENYUSURI beberapa lapisan
pengundi di akar umbi di beberapa kawasan pilihanraya, penulis menyimpulkan
bahawa kebanyakan pengundi terperangkap dengan beberapa isu besar dalam membuat
keputsan untuk memilih wakil rakyat mereka menerusi PRU13 nanti. Isu-isu
berkenaan membuatkan mereka terkeliru sehingga ada yang sehingga hari ini masih
berbalik-balik membuat keputusan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Malah ada
juga yang buat keputusan tidak mahu mengundi. Tindakan itu langsung tidak bagus!
Tidak
seperti PRU yang lalu, kebanyakan pemilih sudah mempunyai 'stand' mereka sendiri dan ia memudahkan mereka apabila berada di kotak
mengundi. "PRU kali ini amat menguji
minda dan pertimbangan," itu kata seorang pengundi yang telah enam
kali mengundi.
Antara
isu besar yang bermain di pemikiran mereka adalah masalah calon yang diputuskan
oleh pucuk pimpinan. Ramai calon dikatakan tidak menepati kehendak akar umbi
khususnya majoriti pengundi. Biarpun berulang kali diingatkan supaya pengundi
mementingkan parti bukan calon tetapi hakikat ini agak sukar diterima kerana
'cerita-cerita' masa lalu calon tersebut menutup hati pengundi untuk
memilihnya. Prinsipnya, majoriti pengundi lebih kenal calon daripada apa yang
pucuk pimpinan tahu mengenainya!
Bayangan
kisah-kisah kotor pemimpin-pemimpin atasan dan pengikut parti meskipun belum
disahkan secara forensiknya turut mempengaruhi minda pengundi. Kisah video seks,
sokongan terhadap liberalisme, kekasaran bahasa dan fatwa-fatwa, tindakan kasar
semasa berkempen dan memasang poster adalah antara yang kerap dibicarakan.
Kesombongan
ketika memerintah dulu menjadi 'igauan' pengundi. Ada yang menunggu sampai lima
tahun untuk mendapatkan kebenaran lesen TOL mengusahakan tanah sampai sekarang
belum mendapat sebarang jawapan. Sedangkan kerajaan memekik-mekik suruh
rakyatnya bertani dan memajukan tanah terbiar dan tanah tidak bertuan. Itu
sekadar contoh, banyak lagi yang sampai ke telinga penulis rungut rangat
penduduk yang kini terkeluar satu satu.
Tindakan
petugas-petugas pilihanraya di peringkat akar umbi yang lebih 'mengepak dan
mendongak' membuatkan pengundi atas pagar menjadi meluat dan benci.
Menyorok-nyorok wang peruntukan parti dan bahan-bahan logistik seperti poster, bendera,
baju dan lain-lain turut menaikan darah khalayak. Sebenarnya, perkara itu amat kecil jika dibandingkan dengan
matlamat negara. Namun, di peringkat bawahan yang tidak mahir dengan erti
ekonomi, sosial dan pembangunan antara bangsa itu, hal-hal sedemikian di saat
menghadapi PRU ini adalah isu besar terutama kepada orang muda dan golongan
atas pagar.
Ketika
ini, jauh di akar umbi sana, di khalayak awam, cerita-cerita pembangunan ditolak
ke tepi. Bagi mereka apa yang ada tetap akan ada. Apa yang berlaku akan terus
berlaku atau akan terbeku. Itu sahajalah pilihannya. Dan mereka tidak peduli
itu semua.
Hati
pengundi masih memusatkan pertimbangan berat kepada calon dan begitu ringan
terhadap parti. Mereka mahukan keserasian antara keduanya bagi membolehkan
calon dan parti di kawasan tersebut boleh menang. Bagi mereka itulah erti calon
boleh menang yang diuar-uarkan Najib. Tidak kira siapa pun.
Pemikiran
pengundi amat mudah. Soal-soal pembangunan, ekonomi, pendidikan, sosial dan
keselamatan bagi mereka itu sememang tugas dan tanggung wajib kerajaan. Manakala
mengundi pula adalah menentukan siapa yang pengundi fikir layak atas beberapa
sebab dan faktor. Golongan ini lupa bahawa individu yang dicalonkan itulah nanti
yang akan membentuk kerajaan. Justeru,
sebab itu Najib mahu rakyat memilih BN sudah terbukti ia sebuah kerajaan yang
stabil. Namun, di akar umbi fakta ini masih belum boleh berkesan lagi.
Jelaslah,
pengundi bagi PRU13 ini khususnya golongan muda dan atas pagar kini masih keliru.
Setakat ini sukar untuk ditelah parti mana yang akan mengatasi yang mana.
Kerana, keputusan yang dibuat pengundi selepas kukunya dicalit dakwat hitam
itulah yang menentukan segala-galanya.
Apapun
pengundi wanita majoritinya masih setia. Mereka ini sukar dipengaruhi sebab golongan
ini jarang duduk di kedai kopi. Khalayak umum dan kedai kopi adalah dewan
ceramah dan peraih undi terkuat setakat ini. Di situ ada macam-macam lawak,
jenaka dan serius. Semuanya mengena belaka!
Makanya,
pada masa akan datang mahu tidak mahu setiap parti mesti peka dengan kehendak
akar umbi bukan sekadar main 'passing-passing'
- pusat takut kepada negeri, jadi pusat pun dengar kata negeri, negeri takut
kepada Bahagian, makanya negeripun dengar apa kata Bahagian.
Bahagian
pulak menghentak-hentak sehingga ada yang mengugut. Sehingga kononnya ada yang
menghantar senarai cadangan nama calon anak beranak pun Menteri Besar dan Pengerusi
buat-buat tak nampak sahaja. Takut dengan sergahan Ketua Bahagian. Pusat pun
ikut bimbang. Akhirnya? Masalah itu balik kepada pengundi kerana pilihanraya
itu ada kuasa penuhnya di atas pengundi! Masalah ini sebenarnya, kalau semua
peka adalah kecil sahaja.Bak kata orang putih 'simple mathematic' beb.
Namun,
sekarang ini semuanyasudah berlaku. Tiada peraturan lagi yang membolehkan ia
ditarik balik. Makna kata, pandai-pandailah tuan-tuan mendekati hati pengundi
dengan penuh rendah diri agar mereka boleh melupakan sebentar kesilapan yang
telah berlakuhanya untuk kepentingan pada 30 April dan 5 Mei ini.
Jagindas: Apapun,
berilah peluang BN dalam PRU13 ini dengan majoriti besar. Penulis percaya Najib
menyedari hal itu dan untuk masa-masa akan datang satu perubahan besar akan
berlaku demi rakyat Malaysia. Jsuteru, bulatkan tekad, undilah BN baik negeri
mahupun parlimen. Penulis pun membuat rayuan ini untuk PRU13 sahaja (terakhir).
Jika akan datang masih tidak berubah, jomlah sama-sama kita yang ubah biar apapun
terjadi! Kuasa undi di tangan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.