Apakah Nasib P70, N40, N41, N42 ?
Lee Chee Leong (P70) |
P70 KAMPAR (63,776) - M:26.87%, C:62.58%, I:10.47%, L:0.03%
1. Datuk Lee Chee Leong (BN) - penyandang (maj: 2,697)
2. Ko Chung Sen (DAP)
N40 MALIM NAWAR
(24,674) - M:17.51%, C:73.9%, I:8.95%,
L:0.05%
1. Chang Gwo Chyang (BN)
2. Leong Cheok Keng (DAP) - penyandang
Keshvinder Singh (maj:1,362)
Chang Gwo Chiang (N40) |
N41 KERANJI (21,163) - M:12.05%, C:77.47%, I:10.36%, L:0.12%
1. Daniel Wa Wai How (BN)
2. Chen Fook Chye (DAP) -
penyandang (maj:4,435)
N42 TUALANG SEKAH
(17,939) - M:57.64%, C:29.58%, I:12.71%,
L:0.07%
1. Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN) - penyandang (maj:1,569)
2. Baldip Singh Santokh Singh (DAP)
3. Syed Mohamed Syed Ali (BebasDaniel Wa Wai (N41) |
PERTAMA sekali maaflah, sebab
penulis bukan profesional dalam bab kaji mengkaji khususnya dalam isu
pengundi-pengundi pilihanraya. Bagaimanapun, sembang-sembang dengan akar umbi
sedikit sebanyak boleh memberikan panduan tentang kedudukan parti-parti yang bertanding
sebelum bertemu tarikh 30 April dan 5 Mei, ini. Untuk tulisan ini penulis beri
fokus kepada Kawasan Parlimen Kampar. Di dalamnya ada tiga Dewan Undangan
Negeri (DUN).
Kecuali
DUN Tualang Sekah (N42), bagi N40, N41 dan P70 kuasa pengundi bergantung kepada
undi kaum cina. Makanya, tidak hairanlah PRU12 lalu hanya DUN N42 sahaja yang
menang selain P70 manakala dua lagi DUN
(N40 dan N41) hanyut ke tangan DAP.
Beberapa
sempel yang penulis ambil dalam kawasa P70 itu nampaknya (setakat ini) memberi
keyakinan kemenangan kepada BN di P70. Sempel ini membabitkan ketiga-tiga suku
kaum utama di kawasan itu. Masing-masing memberikan sebab yang berbeza. Namun,
apa yang penting kesepakatan memilih BN itulah penting. Di Kampar, majoriti orang
cina masih sayangkan BN untuk kerusi parlimen di situ. Tetapi tidak begitu
ampuh bagi kerusi DUN.
Orang
melayu memberikan alasan betapa kuasa parlimen perlu dikekalkan manakala orang
cina pula lebih terikat kepada faktor kaum dan rakan tolan. Sementara kaum
india nampaknya lebih condong kepada bangsa atau kaumnya namun ia tidak
memberikan kesan besar kepada majoriti undi.
Nolee Ashilin (N42) |
Namun begitu, nampaknya PRU13
tidak lagi menjanjikan N42 sebagai satu kawasan yang selamat untuk BN. Kelebihan
undi sebanyak 1,569 pada PRU12 lalu dianggap sebagai undi kesian oleh pengundi-pengundi
di kawasan itu. Menurut mereka Nolee tidak boleh lagi selesa dengan kemenangan
lalu kerana pengundi di situ membayangkan akan banyak undi protes berlaku
terhadapnya pada PRU13 ini.
Penulis
difahamkan faktor utama yang membayangi pengundi di situ adalah masalah
'politik keluarga'. Kawasan itu sebelum ini dipegang beberapa penggal oleh
bapanya (Datuk Mohd Radzi Manan - BN). Trade
rekod politik Radzi Manan tidak boleh lagi diterima oleh Umno di Bahagian
Kampar. Banyak hal dan bayak cerita yang mengkaitkan Radzi Manan. Selain itu,
isterinya (Datin Normah) yang juga sebagai orang kuat Bahagian (pengerusi Biro
Pendidikan) turut menambahkan lagi loya orang-orang Umno disebabkan sikap
sombong dan menyibuknya itu. Antara kelemahan Normah, dia dikatakan suka
membuat janji-janji dengan PIBG sekolah-sekolah namun amat sukar dia
menunaikannya.
Nolee,
bagi pengundi-pengundi melayu adalah bebayang papa dan mamanya sendiri. Menurut
pengundi-pengundi kemenangan lalu benar-benar sebagai simpati. Sebagaimana
bapanya, selama tempoh yang lalu Nolee didakwa begitu sukar untuk menemui
penduduk dengan alasan terlalu sibuk. Dia cumalah Adun biasa tetapi sibuknya
seperti menteri!
Ketika
musim kempen ini, penduduk juga mendakwa Nolee masih berdiam diri. Dia memilih
kawasan-kawasan tertentu berikutan sumber menyatakan banyak tempat yang dia
pergi, sambutannya amatlah hambar.
Dengan
perpecahan undi orang cina yang lebih cenderong kepada DAP manakala undi melayu
terbelah tiga, adalah dijangkakan laluan Nolee yang mewakili BN kali ini begitu
getir.
Sumber
lain menyebut, kemenangan tipis mungkin mampu diperoleh oleh BN di situ jika
tumpuan diberi kepada kaum wanita. Ini kerana majoriti pengundi wanita melayu
dan cina masih setia dengan BN dan tumpuan hendaklah diberi kepada undi wanita
melayu!
Apa
pula nasib BN di N40 dan N41? Undi penentunya adalah orang Cina. Setakat ini
rata-rata orang cina sukar melepaskan N41 yang disandang DAP kepada BN. Tidak
ada isu yang boleh dijadikan sebab. Sumber-sumber yang ditemui hanya
memuji-muji Chen Fook Chye (penyandang) kononnya beliau adalah jenis kuat
berkerja, rapat dengan rakyat dan segera membuat tindakan terhadap apa sahaja
aduan yang diterimanya.
Manakala
di N40 pula harapan BN merampas kembali kerusi tersebut daripada DAP dikatakan
masih ada harapan. Cakap-cakap pengundi cina mengatakan setakat hari ini, majoriti
golongan dewasa (orang lama) dan wanita masih setipa dengan BN. Bagaimanapun, Chang
Gwo Chyang (BN) kenalah berkerja keras kerana inilah kali pertama beliau
bertarung bersandarkan tiket BN. Laluan Chang agak sukar kerana kebutulan PRU13
memperlihatkan pertarungan getir bagi BN di seluruh negara bukan sahaja di
Perak.
Justeru,
BN perlu memadukan tenaga di saat akhir ini jika mahu terus mengekalkan
kemenangan dan merampas kembali kerusi daripada tangan DAP.
Jagindas: Agaknya
akan banyak undi rosak kali ini....
Nampaknya mike bukan orang Kampar dan Tualang Sekah. Untuk makluman mike, Calon N42, Nolee Ashilin ini senang untuk ditemui. Malah setahu teman, Calon N42, Nolee Ashilin selalu turun padang dikawasan Kampar.
BalasPadamNak tulis tentanf Politik Kampar biar lah ikut hati yang iklas, jangan ikut emosi. Nolee ada lah calon yang layak di tempat tersebut..beliau juga amat senang untuk berbicara tentang sesuatu isu. Jangan ikut atau dengar kata orang yang bermusuh dengan ayahnya.
BalasPadam