Khamis, 25 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (46) : KARPAL BENJOL DI DAHI

GDDDRRBOMMM! Ayo!

Dakwa Petanda BN Kalah, Hahaha...

MULA-MULA  Datuk Azizan (Menteri Besar Kedah) tersungkur, kepeningan katanya di satu majlis tidak berapa lama dulu, kemudian Nik Aziz pula rebah akibat keletihan dan terbaru (semalam) Karpal Singh pulak tesungkur di pentas yang katanya cuma dapat benjol kecil di dahi.
            Karpal menyifatkan kejatuhannya itu perkara kecil sebagai tanda kejatuhan besar akan berlaku kepada BN dalam pilihanraya nanti (berita klik di sini)
            Beberapa tahun lalu, Karpal pernah di tampar oleh Kiayai Arshad (arwah) kerana kebaculannya mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu. Tidak berapa lama selepas itu dia jatuh sakit sehinggalah membawanya kepada menggunakan kerusi roda dan seorang pembantu membawanya ke sana ke sini.
            Siksa juga Karpal nak buang air, mandi dan sebagainya... apapun, video tersungkurnya sang Karpal Singh ada di sini.


Jagindas: Mengikut makrifat Tajul Muluk pula,  kejadian-kejadian itu sebagai petanda bahawa Allah Taala masih berkenan BN memerintah Malaysia.! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.