Sabtu, 6 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (7) - ANWAR PERTAHAN PERMATANG PAUH

BERSEDIA...Harimau lapar nak mencakar!

Tetap Pastikan Perak Ditawan

DENGAN penuh keyakinan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat keputusan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU13 ini sekali gus menjawab teka teki yang menyebut sebelum ini bahawa beliau dijangka akan bertanding di Perak.
            Anwar nampaknya yakin benar yang rakyat di Permatang Pauh akan terus memberikan sokongannya kepada beliau meskipun sejak akhir-akhir ini kalibat rakyat di kawasan itu dilihat semakin meyisihkan diri daripada PKR.
               Keyakinan Anwar itu dinyatakannya dengan jelas bahawa selepas pilihanraya kali ini jadualnya semakin sibuk kerana membantu
memperkukuhkan PKR di Perak di samping perkhidmatannya di Permatang Pauh sendiri.
            Dengan kemenangan sekejap yang dikecapi dalam pilihanraya 2008 di mana Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah Perak selama sebelas bulan, Anwar percaya rakyat Perak sebenarnya memang merestui PR untuk memimpin Perak.
            Dalam pada itu, Datuk Seri Zahid Hamidi, menyatakan kesanggupannya menentang Anwar Ibrahim tanpa sebarang gentar sekiranya Ketua Umum PKR itu bersedia bertanding di Bagan Datoh. Sebelum itu, ada ura-ura Anwar mahu menentang Timbalan Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Husni Hanaslah, di Parlimen Tambun. Pun, rakyat Tambun menyambutnya bak kata kecik tapak tangan nyiru ditadahkan. Tapi, Anwar tahu, dia pasti tergolek anjing jika bertanding di salah satu kawasan tersebut. Rakyat Perak memang pernah bodoh dan gelap fikir pada tahun 2008 tetapi sekejap sahaja. Sekarang tidak lagi.
            Kita harap, keputusan Anwar ini bukan keputusan flip-flop. Maklumlah, selagai tarikh penamaan calon belum diputuskan maka apapun cakap-cakap mengenai calon-calon di sesuatu kawasan belum boleh dianggap muktamat. Apatah lagi kalau ianya keluar dari mulut Anwar ianya perlulah ditimbang banyak kali atau lebih baik sahaja 'tunggu dan lihat'. Puak-puak mereka ini banyak kalanya cakap pagi tidak boleh di pakai ke petang.
            Apapun, Undilah Barisan Nasional dalam PRU13 ini iaitu sebuah kerajaan yang sudah terbukti besar, teguh dan peramah menerusi slogannya Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Jelaskan? Semua rakyat sudah merasai nikmatnya.


Jagindas: Bukan sekadar selogan, cuma kadang-kadang puak-puak yang di bawah ini yang suka bikin rosak program. Ada ke seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun dapat peruntukan sumbangan khas warga emas RM200. Hehehe...benda dah terlepas beb, diam-diam sudahlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.