Satu Lagi Fitnah Umno Kah?
TUN MAHATHIR mengakui masih
menyimpan surat yang dihantar oleh Isteri DS Anwar Ibrahim, Wan Azizah, yang
kandungannya teramat peribadi iaitu mengenai 'perangai' Anwar, suaminya. Pun
begitu, Tun kata kalau dia tak dedahkan pun segala-galanya sudah terpapar
sekarang. Apa maknanya itu?
Kejujuran
Wan Azizah diperlukan. Dengan satu pengakuan Azizah bahawa memang benar beliau
pernah menghantar surat peribadi setebal lapan muka surat itu kepada Tun, sudah
cukup menyelamatkan umat melayu (Islam) daripada dipimpin oleh seseorang yang amat
merbahaya dari sudut bangsa dan agama.
Tanpa
pengesahan Wan Azizah, khalayak boleh mendakwa pengakuan Tun itu sebagai
fitnah. Akan bertambahlah fitnah Umno...Seperti kata Tun, Azizah adalah isteri
yang taat tetapi pada masa sama dia tidak merestui perbuatan buruk suaminya
itu.
Bagi
penulis keluarga itu barangkali sudah berkecai. Namun, demi mematuhi arahan
tangan-tangan ghaib maka segala lakonan terpaksa dipersembahkan. Nurul Izzah
selaku anak bapak, juga akhir-akhir ini dilihat sudah tidak sehaluan dengan
bapaknya. Semalam bapak kata ya, hari ini Izzah nafikan. Demikian juga Wan
Azizah dalam banyak perkara sebelum ini.
Kalaulah
keluarga ini yang memimpin negara sudah nampak jelas negara akan huru hara. Bukan
dihuru harakan oleh sesiapa tetapi oleh keluarga dan konco-konco ahli keluarga
tersebut. Hal-hal dalaman pun mereka tidak mampu hendak bendung dan
atasi,apatah lagi soal-soal negara yang terlalu berat untuk dipikul. Barangkali,
lepas satu-satu negeri-negeri dalam persekutuan ini dijualnya dimana negeri
pertama yang jadi mangsa adalah Sabah! MasyaAllah..
Seperti yang penulis tulis tentang Pas (Nik
Aziz) sebelum ini, Anwar juga sedang menerima kifarah daripada Allah swt. Satu,
satu. Dan untunglah bagi mereka yang telah sedar (disedarkan) namun tidak bagi
Anwar dan ahli keluarganya yang terus diburu kerakusan, angkuh dan sombong.
Macam
biasa, apa saja pendedahan buruk yang berkait dengan Anwar dan keluraganya mereka
dan pihak lain akan mengkaitkan ia sebagai konspirasi serta fitnah Umno dan
kerajaan. Kita percaya, selepas ini sehinggalah proses pilihanraya berakhir
banyak lagi hal-hal yang menelanjangkan maruah dan hemah Anwar akan terbongkar.
Malah, sekiranya Anwar masih belum mahu menutup mulut dan egonya, barangkali
mati sahaja yang akan memberhentikannya. Itu pun belum pasti lagi..
Justeru,
tolaklah Anwar, tolaklah PKR Undilah Barisan Nasional!
Jagindas: Jujur
dan Ikhlas - mudah diucap tetapi sukar diterjemah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.