Malaysia sudah maju.. |
Konon Cuba Sepenggal Sahaja..
KELMARIN DAN SEMALAM memang
penulis untukkan masa bertemu dengan rakan-rakan kaum tionghua khususnya
golongan peniaga dan golongan berusia lingkungan 40an ke atas termasuk pemandu
teksi dan pemandu lori. Penulis mencuri masa sedikit menemui mereka di beberapa
tempat dan kawasan pilihanraya. Sembang-sembang politik sambil minum air teh
cina panas. Kali ini memang penulis mahu mendapatkan secara jelas di mana
kedudukan hati pengundi golongan itu.
Sakit
hati. Memang sakit. Tetapi penulis tetap sabar. Mengapa? Menurut mereka
majoriti besar kaum cina tidak akan memilih BN lagi hanya dengan beberapa
alasan yang amat lemah nilainya. Majoriti besar! Dakwa mereka kerajaan yang ada
sekarang sudah tua dan perlu ditukar baru. Dakwa mereka lagi, tiada salahnya
mencuba tukar baru hanya untuk sepenggal. Jika segala-galanya berjalan lancar atau
bertambah baik, mengapa tidak ia diteruskan? Dan, jika kerajaan yang baru itu
nanti gagal maka rakyat wajiblah beralih semula kepada BN. Wah! begitu mudah,
seperti menukar pakaian laksananya!
Tambah
membengangkan penulis (tetapi tetap senyum dalam paksa) mereka mendakwa Pulau
Pinang sebenarnya semakin maju dan pelabur-pelabur luar terutama dari negara
China semakin banyak yang masuk ke negeri itu. Dengan kata lain kononnya negeri
itu semakin kaya berbanding zaman BN memerintah tetapi sengaja tidak dihebohkan
oleh kerajaan. Konon katanya, rakyat disumbat dengan berita palsu!
Celaka
betul! Manakala Selangor pula katanya, dalam tempoh empat tahun berjaya
menyimpan aset dan tunai berjumlah lebih RM7 bilion sedangkan ketika berpuluh
tahun BN memerintah selangor tidak mampu memiliki aset dan simpanan sebanyak
itu. Arrrrgghhhhhh...inilah yang dikatakan ayat panah halilintar menuju
jantung. Konon katanya, majoriti orang cina mengetahui maklumat itu.
Huh,
berasap kepala penulis dibuatnya! Mana pulak mamat-mamat sepet ni dapat figure
itu? Penulis cuba pertahankan menerusi pelbagai sudut termasuk yang meyentuh
pendidikan dan ekonomi orang cina dan lain-lain kaum di negara ini mengapa BN itu
perlu dikekalkan pemerintahannya. BN mensejahterakan semua rakyat tanpa ada
yang tersisih.
"Bukan lama la kawan, lima tahun
sahaja. Belum cuba belum tau. Kita kena bagi dia buat dulu, tengok apa macam,
boleh ka tidak", itu kata mereka sambil senyum dan ketawa.
Experimental! Satu eksperimental yang merbahaya.
Penulis
cuba bawa mereka kepada beberapa pendedahan konkrit terhadap
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam parti pembangkang khsusunya Pakatan
Rakyat. Bagaimana ketidak sepakatan PAS, DAP dan PKR, bagaimana dengan ketidak
telusan DAP dalam mesyuarat CECnya, masalah salahlaku seks, masalah air,
masalah rumah rakyat, peniaga-peniaga kecil, perniagaan seks haram, judi haram,
jenayah samseng dan apa-apa sahajalah berita terkini yang selalu kita baca di
akhbar-akhbar dan yang didengar di radio dan tv.
Mereka
tidak menolaknya bulat-bulat tetapi hanya menganggap hal-hal seperti itu
sebagai perkara kecil dan bersifat sementera. Mereka turut membandingkan dengan
mendakwa kononnya BN juga melakukan korupsi yang sama malah mendakwa ia lebih
dahsyat daripada itu. Rupa-rupanya kes NFC memang berbuku dikalbu orang
tionghua.! Kes NFC diulang-ulang dan ditekan-tekan!
Apa
yang jelas, momokan janji PR konon akan menurunkan harga minyak dan beberapa
barangan keperluan lain serta menghapuskan tol adalah dua isu yang paling
menyentuh dan melekat di hati pengundi kaum tionghua. Malah, amatlah membuaknya
geram apabila mereka memperlekeh pemberian-pemberian kerajaan sebelum ini
seperti BR1M dan pelbagai bocer-bocer satu Malaysia. Mereka juga tidak
bersetuju dengan langkah kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat Satu Malaysia (KR1M)
konon satu usaha membazir.
"Apa guna? Lebih baik itu wang kerajaan
kasi tinggi subsidi barang-barang perlu seperti minyak dan lain-lain barang
makan supaya itu barang boleh turun harga. Minyak turun, tol tarak (tiada),
barang pun boleh jadi murah. Ini macam semua orang pun suka la..",
begitu komen mereka ketika mempertahankan ajakan "Ubah atau Tukar"
yang menjadi teras kempen pembangkang sekarang.
Penulis
tidak putus asa lalu mengajukan pandangan bahawa jika sekarang pun ketiga-tiga
kepala tidak ada sepakat, tentu sahaja apabila menang akan timbul masalah dalam
menentukan organisasi kerajaan. Dan apabila keadaan menjadi kelam kabut, tentu
saja kerajaan baru itu gagal meyakinkan pelaburan dari negara luar mencurah
masuk ke negara ini seperti sekarang.
Sejajar
dengan itu, situasi tersebut tentu sahaja akan mengocakkan keheningan ekonomi
yang sedang berkembang dengan baik sekarang. Sekali gus, ia juga tentunya akan
memberikan impak yang negatif terhadap orang tionghua kerana majoriti golongan
itu adalah peniaga.
Tidak
rupanya. Bagi mereka kononya apabila sudah menang, kerajaan baru akan terbentuk
dan segala-galanya akan berjalan seperti biasa manakala kerajaan baru itu mesti
melunaskan janji yang diuar-uarkannya sebelum ini. Menurut mereka kegagalan
kerajaan PR di negeri-negeri selama tempoh penggal yang lalu kerana mereka tidak
berkuasa di pusat (Putrajaya).
Sebab
itulah mereka beria-ia untuk mendapatkan Putrajaya tanpa mengambilkira
masalah-masalah yang dihadapi oleh parti-parti masing-masing dan pertelagahan sesama
sendiri antara mereka. Begitu dakwaan dan pemahaman mereka terhadap PRU13 ini.
"Sudah dapat Putrajaya nani, ini hal
semua selesai. Jangan takut. Kasi dia orang cuba lima tahun," itu kata
penutupnya.
Penulis
tidak kisah terhadap mereka yang sememangnya berhati perut DAP, PAS mahupun
PKR. Yang merunsingkan adalah kata-kata dan dakwaan tersebut datang daripada
golongan peniaga yang dulunya orang MCA dan Gerakan. Beberapa pilihanraya
sebelum ini, golongan seperti itu hanya membuat satu kesimpulan ringkas dan
padat iaitu: Kita orang berniaga, yang
penting negara mesti aman, boleh bikin apa-apa bisnis dan boleh cari makan
(untung). BN sudah ok, apa pasal mahu tukar? Apa pasal mahu cari susah? Itu adalah kata-kata golongan ini lima belas
dan dua puluh tahun yang lalu.
Kini, falsafah itu sudah tiada lagi. Malah mereka turut
mendakwa bahawa, pembangkang hari ini mendapat sokongan kuat daripada golongan orang
muda. Dalam hati penulis, benarlah apa yang dikatakannya itu kerana golongan
muda sudah teracun dan diracun pemikirannya ketika sepicin kita teralpa
mengawal golongan tersebut sebelum ini....
Yang
penulis baca, itu adalah alasan semata untuk PR mendapatkan sokongan orang
Melayu dan India. Tapi penulis percaya, ada beberapa dasar kerajaan BN yang
melindungi hak-hak orang melayu dalam konteks pendidikan dan ekonomi yang
menjadi mereka cemburu. Dan, bab-bab inilah nanti yang akan diubah dan ditukar
sepenuhnya oleh PR bagi menghanyutkan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Mereka tahu, kalau berlawan dengan merit, dalam apa bidangpun melayu akan
kecundang. Mereka tahu, Melayu memerlukan beberapa tempoh lagi menggunakan
'tongkat' untuk maju kehadapan. Dan, mereka sudah tidak sabar lagi untuk
membuang tongkat itu.
Justeru
Melayuku, sudah-sudahlah kita berbalah. Sekuat manapun BN melindungi bangsa Melayu
selama ini, pada masa sama juga tidak pernah BN menyiksa kaum lain bahkan
pencapaian mereka yang membanggakan itu turut menjadi kebanggaan negara.
Tetapi, jika mereka berkuasa......Na'uzubillah minzalik, mengapa begini pulak
jadinya...!
Selesai
menurunkan tulisan ini, penulis teringat firasat seorang ahli tegar MCA,
saudara Voon, 75 tahun, yang kisahnya penulis tulis pada Julai tahun lalu di sini.
Dan, penulis amat yakin dengan keyainan DS Najib bahawa Putrajaya pasti dalam
gengaman BN!
Jagindas: Apabila
ditanya poster BN lebih meriah berbanding pembangkang, mereka hanya tersenyum
dan berkata: poster tarak kasi undi, nanti 5Mei baru tau siapa kuat siapa kalah...Hampeh
betui!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.