Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA...

MAAF ZAHIR BATIN
Gambar Hiasan....

INSYAALLAH, esok (Khamis - 8/8/13) timbullah Syawal. Atau lebih tepatnya, menjelang sahaja maghrib pada petang nanti, Rabu (7/8/13), maka berakhirlah Ramadhan al-mubarrak tahun 1434H. Tiada lagi gema Taraweh sebaliknya berganti pula dengan gema takbir hari raya Aidilfitri.
            Semoga ibadah puasa kita serta ibadah-ibadah lain yang disempurnakan sepanjang Ramadhan hijrah ini diterima Allah swt. Semoga Allah memberikan keberkatan dan limpah rahmatnya kepada kita semua umat Islam. AllahhuAkbar!
            Bersyukur amatlah, kerana Allah mengurniakan kita keamanan dan sentosa sepanjang kita menunaikan puasa dan insyaAllah, kita beraya pun nanti dalam suasana yang aman tenteram. Insaflah kita, bahawa terdapat berjuta saudara muslim kita tidak memperoleh kesejahteraan seperti yang kita peroleh hari ini. AllahhuAkbar!
            Sempena itu, penulis merakamkan "SELAMAT MERAIKAN HARI RAYA FITRAH, MOHON MAAF SEBESAR-BESARNYA.."



Jagindas: Balik johor dalam dua tiga hari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.