Rabu, 11 September 2013

ANTARA KUASA DAN NODA

Kerakusan Semakin Menggelikan!

MEMBACA paparan media sama ada di media sosial mahu pun di dada-dada akhbar dalam seminggu dua ini berkaitan hal ehwal dalam negeri, khususnya tentang pemilihan Majlis Tertinggi Umno (MT) dan masalah tuntutan orang kristian terhadap pemakaian kalimah 'Allah' semakin hari semakin terasa geli. Geli geleman. Geram sudah tentu! Kenapa ye?
            Orang umno terutama pemimpin-pemimpinnya masing-masing dengan falsafah tersendiri menjelang pemilihan MT nanti. Ada yang menasihati bagaikan dirinya tak pernah berlaku 'sumbang' dengan parti keramat itu sebelum ini. Ada yang bertegas keras atas dasar prinsip dan kehadiran mereka itu adalah atas kehendak akar umbi, kononnya.
            Ada yang bersahaja dan tidak kurang juga yang penuh semangat membara bagaikan membuat satu persediaan 'audition' di satu program realiti. Ada yang sedar diri tetapi masih menyembunyikan kelemahan diri, sebaliknya berselindung kononnya diri sudah tua dan mahu memberi laluan kepada yang muda. Padahal taklah tua mana pun....
            Malu sangatkah atau jatuh harga dirikah kalau berkata begini: Pilihanraya lalu memberi signal bahawa saya gagal mencapai majoriti jumlah kerusi Barisan Nasional (BN). Saya wajar bertanggung jawab di atas kegagalan ini dan atas kesedaran dan tangung jawab itu,saya memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat MT melainkan di lantik atau terlantik secara automatis...itu pun nanti akan saya fikirkan.."            
            Apapun, kepada mereka jenis ini diucapkan tahniah dan syabas kerana sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit jueh bibir rakyat jelata. Bagaimanapun, belajarlah serius dan jujur terhadap diri sendiri.
            Sejuk hati rakyat jelata mendengarnya malah bertambah nilailah rasa hormat kepada tuan dan puan yang berkenaan.
            Dalam asyik menonjol-nonjolkan diri menerusi suara-suara berlapikkan perpaduan itu, ada juga yang terlajak membaca erti percakapan rakan tolan dan rakan lawan. Akhirnya, sudah timbul pula semacam berlaku perbalahan, percanggahan prinsip sedangkan semua mereka itu berada di bawah satu bumbung dan dalam arus satu nada ke satu titik.
            Jika tidak diawasi rapi, di situlah bermulanya titik perpecahan. Justeru, awas-awaslah pak-pak pemimpin sekelian agar tidak terjerat dengan jebak yang dibina sendiri.
            Sementara itu, puak-puak PAS pula masih keliru dengan isu tuntutan orang kristian terhadap penggunaan perkataan atau nama "ALLAH" untuk dimuatkan dalam kitab-kitab dan di rumah-rumah ibadat mereka. Satu pemikiran matematik yang amat mudah untuk difahami dan diselesaikan!
            Di satu pihak kata orang kristian boleh saja guna nama Allah untuk agama mereka malah beria-ia langsung memperjuangkannya bagi pihak kristian. Manakala di pihak lain pula berkeras tegas menentangnya, demi ALLAH, demi Al-Quran dan demi kesucian agama Islam. Padahal, kedua-dua pihak berkenaan berada dalam satu wadah yang kononnya memperjuangkan Islam. Mudah cakapnya, orang Pas-lah...
            Kedua-dua senario itu dilaku dan dilakunkan sendiri oleh orang Melayu. Orang Melayu yang beragama Islam dalam satu mazhab yang sama iaitu Mazhab Shafie. Melayu Umno dan Melayu Pas. Tiba-tiba datang pulak puak Syiah. Allahhurabbi, satu bala lagi!
            Yang pastinya, kalau ikutkan drama yang lalu-lalu, peringka awal ingat mengingati, cabar mencabar dan jolok menjolok. Peringkat kedua nanti biasanya penonjolan dan pendedahan sehingga ada ketikanya nanti lupa sedikit tentang peradabapan.
            Peringkat ketiga pula biasanya bertegang prinsip. Yang ini biasanya sudah dikuasai nafsu dan semangat yang bercampur baur. Tukang perangat daang dari keliling pinggang adalah baranya.
            Peringkat keempat, kalau tak dikawal dan hilang sabar, berpecahlah! Jadi, jaga-jagalah. Orang luar memang suka tengok rumah tangga kita berantakan. Kawallah sebaik-baiknya diri, minda, serta nafsu serakah masing-masing. InsyaAllah, selamat.  
            Sementara itu umat Islam  di Syria, Mesir dan Palestin terus bergolak dan dikocak-kacikkan. Kalau pun tak mampu nak fikirkan masalah di negara saudara kita itu, jadikan se padan pun sudah memadai. Tentu kita tak mahu jadi macam itu kan?
            Jadi..?



jagindas: Tak beli surat khabar tak jadi, tetapi apabila ditatap hati semakin geli bersulam geram!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.