Isnin, 9 September 2013

KERAJAAN BERTINDAK PROFESIONAL

Jangan Politikan KDN


MENYINGA Datuk Seri Zahid Hamidi (gambar) apabila ada pihak kaitkan ketegasan beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai 'wayang' menjelang pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno tahun ini. Siapa lagi kalau tidak datangnya dari mulut pembangkang. (di sini)
            Zahid kata, beliau dan anggota KDN bertindak profesional. Tindakannya itu di atas nama tanggung jawab dan kehendak rakyat, bukannya atas kepentingan politik. Betul. Penulis percaya dan yakin terhadap keikhlasan kata-katanya itu.
            Sebab, sudah lama rakyat mengahrapkan kerajaan berbuat demikian. Masa Datuk Hishamuddin Hussein jadi menteri KDN, sudah lengoh mulut rakyat bercakap, bahkankan "di sepak punggungnya" pun beliau buat macam tidak tahu sahaja. Sampai ada yang kata 'sengal'-nya menteri ini!
            Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Mohamed Nazri pun sama. Meluat melopong rakyat dibuatnya. Yang patut disumbat ke lokap, dipeluk-peluknya macam adik abang. Huh, panas pijar hati rakyat di buatnya. Namun, Allah masih menghendaki mereka itu menjadi menteri, itu sahaja. Siapa yang boleh lawan kehendak Allah?
             Cumanya, secara kebetulan, Zahid pegang jawatan itu ketika pemilihan MT umno  sampai musimnya. Saya percaya, ketika Zahid di kementerian pertahanan sebelum ini, beliau sudah lama mengeram geram. Mengetap bibir melihatkan gelagat samseng, PATI, judi dan maksiat. Maklum, Zahid pun sedikit ilmu agamanya.
            Namun begitu, Tok Hid, penulis hendak peringat juga, kalau pembangkang cakap macam itu, biasalah. Itu sebahagian daripada kerja mereka. Apa yang jengkelnya, orang Umno pun ada yang kata begitu.... Khususnya bagi mereka yang tidak sebulu dengan you masa you berada kat bawah dulu-dulu.
            Depa kata, you tu sombong...,berlagak, eksyen, pilih bulu! Malah masa you menang naib presiden dulu pun, geng-geng itu menjuehkan bibir. Apa depa kata? "Naya umno ada orang macam Zahid..."
            Aduhai.....serba salah, kan? Justeru, antara: Zahid, Hishamudin dan Shafie Apdal, siapakah yang perlu di 'tendang' keluar dan siapa pula orang baru itu? Tak kanlah ketiga-tiganya terkeluar kut?
             Aliran baru dunia pendidikan hari ini, turut mengundang rentak perwakilan hari ini yang berfikiran GLOBAL.



jagindas:  Berapa kerat orang Umno yang tak sombong?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.