Setelah Lebih 30 tahun, Apakah Masih
6-8%
LAPORAN pra-belanjawan sedang meniti dibibir rakyat. Bajet 2014 itu
dijangka akan diisytiharkan pada Jumaat ini, Insya-Allah. Lantaklah apapun yang
naik mahupun yang turun. Rakyat bising macam manapun, apabila parlimen meluluskannya
nanti, maka tertanggunglah sepenuh dan seluruhnya kepada rakyat.
Namun usahlah bimbang,
sebab kerajaan sudah berulang kali kata bahawa belanjawan kali ini adalah
belanjawan yang seimbang dan tidak sekali-kali membebankan rakyat. Percayalah!
Inilah ayat keramat yang diucapkan oleh semua pemimpin kerajaan setiap kali
peristiwa ini akan berlaku. Bukankah begitu?
Dan, rakyat yang
menyaksikan setiap kalinya ia berlaku, tentu dapat membuktikan bahawa ia memang
seimbang dan tidak membimbangkan kerajaan. Bukti paling kukuh, belum ada rakyat
di Malaysia yang mati kebuluran. Mati kena pukul, kena tembak, makan racun,
bunuh diri, sakit jantung, darah tinggi kencing manis dan kompilkasi pelbagai
penyakit memang ramai.
Jangan salahkan kerajaan. Itu
salah rakyat sebab mereka lalai menjaga kesihatan masing-masing. Kalau tak percaya
tanyalah menteri kesihatan. Rakyatlah yang bersalah sehingga menyebabkan kerajaan
terpaksa menanggung subsidi ubat dan kelengkapan hospital serta klinik
kesihatan yang besar.
Justeru usahlah merungut
bila para doktor dan misi-misi marah-marah, maki hamun pesakit-pesakit. Sendiri
mahu ingatlah ye..
Jadi, penulis tidaklah
minat mahu mengulas sama ada pra mahupun sesudah bacaan bajet itu. Kerana
penulis amat pasti bahawa rakyat marhain sekarang amat kurang makan nasi,
tepung, gula, cabai, bawang, ikan, sayur, daging, ayam, susu dan lain-lain.
Bayipun sejak lahir minum teh o saja dengan pisang awak bakar lenyek.
Ramai yang telah sedar
betapa amalan makan pertapa di gunung Ledang amat berkesan iaitu makan tiga
biji bertih sehari bersama air gunung yang segar dan percuma. Kita terangi
malam dengan jamong dan kita berhubung dengan sang merpati, ular, gajah, harimau
dan kucing hutan yang melata..
Apa yang penulis kepengen tanya
apakah tulisan saya kira-kira setahun yang lalu terlihat jelas oleh menteri
kewangan kita dan YB-YB kita. Sila baca semula di sini.
jagindas: Ada
petani yang beli secara runcit tetapi jual secara borong..... Mati hidup balik
tak akan untung-untung! hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.