Anak Beranak Terajui Jawatan Utama
MEMANG KASIHAN. KASIHAN betul saya terhadap satu dua Bahagian Umno di
negara ini. Meski rakyat negara ini khususnya orang melayu semakin berkembang
seiring dengan perkembangan pesat pembangunan negara, namun masih ada
Bahagian-Bahagian Umno yang ketandusan manusia melayu untuk di ketengahkan
sebagai pemimpin dan kepemimpinan.
Lantaran itu, organisasi
kepimpinan umno di bahagian tersebut laksana kepimpinan samseng-samseng zaman
dahulu kala seperti yang selalu dimainkan dalam wayang-wang filem melayu
klasik. Bezanya, mereka tidaklah samseng tetapi adalah pemimpin. Pemimpin umno
bahagian!
Justeru, mahu tidak mahu
maka;
Ketua : Abah
Naib Ketua : Anak abah
Ketua Sayap Pemuda: Jantan abah
Manakala, di bahagian lain
pula terdapat:
Ketua: Abah
Ketua Sayap Wanita: Manja abah
Syabas, tahniah dan
selamat berjuang. Cepat-cepatkanlah memaju dan mencerdikan manusia melayu di
kawasan tadbiran tuan-tuan itu kerana semakin ramai yang bijak pandai maka
semakin majulah melayu di kawasan itu. Dan lagi, bertambah mudahlah tuan-tuan
melaksanakan kerja.
Jangan takut, usah bimbang
kedudukan tuan-tuan anak beranak pasti tidak akan tergugat. Kerana orang melayu
adalah manusia yang berbudi bahasa serta mengenang budi.
jagindas: Kita
mesyuarat di anjung rumah sahaja sudahlah, jimat kos... Lagi pun, nanti mak
boleh dengar sama.. Kalau ada apa-apa yang tak betul, mak boleh sahut dari
belakang...OK, Orait...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.