Selasa, 26 Jun 2012

GELAGAT PENJAWAT AWAM - bhg. 1

BERKERJALAH DENGAN HATI SUKA

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa (DSAH), dalam kenyataan sulungnya selepas dilantik sebagai KSN yang baru menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hasan, mengingatkan semua kakitangan awam supaya menyokong kerajaan yang memerintah (tentunya dirujuk kepada kerajaan pusat).
            Pada masa sama beliau turut menyeru kira-kira 1.4 juta golongan berkenaan melaksanakan tugas mengikut lunas yang sewajarnya bagi memastikan pengurusan pentadbiran awam berjalan lancar sejajar dengan pergerakan pembangunan negara.
            Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada DSAH atas perlantikan ini dan berharap dibawah pimpinan DSAH sektor perkhidmatan awam akan terus cemerlang dalam tugasnya demi untuk rakyat dan negara.
            Dengan kata lain, penjawat awam hendaklah menjalankan tugas mereka berpaksikan HATI SUKA dan bukannya berkerja kerana SUKA HATI.   INGAT, tidak ada sesiapa yang memaksa tuan-tuan untuk memohon jawatan yang disandang sekarang melainkan dengan kehendak dan keputusan anda sendiri. Setiap tawaran yang ditwarakan boleh di tolak atau diterima. Namun, setelah diterima, tuan-tuan menjadi milik sepenuhnya sektor  berkenaan.
            Maka, setelah mendapat kerja, patuhilah prosedur kerja dan fahamilah bahawa sektor tersebut adalah dibawah naungan kerajaan yang memerintah dan ada satu kitab di atasnya yang mengawal perilaku penjawat awam iaitu Perintah Am.
            Pertimbangkan balik, bahawa tuan-tuan adalah seorang yang bernasib baik berbanding beratus ribu rakyat di luar sana kerana diterima menerima rezeki di sektor awam sedang mereka yang lain meratap  siang dan malam menagih kerja demi untuk sebuah kehidupan.
            Janganlah bersikap seperti melepaskan anjing tersepit. Umumnya, iklim politik tanah air kita semakin bersikap keterbukaan.  Namun, politik dalam sistem demokrasi berparlimen adalah satu wadah untuk rakyat bagi mencari kumpulan majorti yang di sokong  dan seterusnya diangkat untuk memimpin sebuah kerajaan selepas setiap kali berlakunya pilihanraya umum.
            Setelah menjadi kerajaan, maka tugas semua rakyat hendaklah mematuhi sistem, dasar, peraturan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan tersebut.  Untuk ketika ini, kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN), maka semua rakyat lebih-lebih lagi kakitangan awam hendaklah patuh dan taat setia kepada kerajaan berkenaan.
            Orang awam termasuklah orang-orang politik meski menghormati ketelusan serta integriti perkhidmatan awam yang melaksanakan tugasnya. Demi keadilan, ketelusan, integriti dan kredibiliti sesebuah organisasi pentadbiran kerajaan, maka sepatutnya tiada pihak bertindak mencampurkan kuasa-kuasa politik mereka dalam pentadbiran kerajaan dalam memperjuangkan sesuatu.
            Justeru, KSN hendaklah fokus terhadap karenah dan permainan seperti ini kerana rakyat di luar sana yang majoritinya sudah berilmu melihat perilaku-perilaku yang memuakkan itu dan akhirnya boleh menyebabkan "dendam" yang memberi kesan menconteng kepercayaan rakyat terhadap jentera pentadbiran awam kita.
            Memang, budibicara termasuk dalam nilai-nilai kemanusiaan ketika mempertimbangkan sesuatu perkara atau peristiwa-peristiwa diluar jangka mahupun dalam  keadaan terdesak atau kecemasan. Pun begitu, keistimewaan budibicara ini hendaklah tidak disalah erti apalagi disalah guna sehingga khalayak merasakan tindakan tersebut telah menidakkan peraturan atau perintah sedia ada.
            Syabas Datuk Seri Ali. Daripada dua tiga kenyataan akhbar yang DSAH berikan saya percaya sektor perkhidamtan awam akan bertambah gah dan dihormati oleh seluruh rakyat di dalam dan luar negara.

(bersambung)

Jagindas:   terima kasih kerajaan Malaysia semoga negaraku ini terus maju, aman dan makmur..

PEGAWAI DIPLOMAT YG. BODOH SOMBONG

Pelik betullah jiran kita yang satu ini, Singapura. Tak habis-habis buat hal. Dalam banyak peristiwa yang berlaku antara dua negara ini, Malaysia masih 'steady' dengan falsafah menghomati jiran dan sesama keluarga Asean. Tidak pulak bagi mereka, lain di meja rundingan lain pulak bila di luar.
            Cakap tak boleh pakai. Kalau dia geleng, gelenglah maksudnya tapi masalahnya perkara yang diangguknya pun geleng juga maksudnya. Kata pepatah melayu, mereka ini diumpamakan sebagai  di luar pepat di dalam rencong.

            Seolah-olah, pertemuan-pertemuan yang dibuat selama ini menerusi bermacam wadah hanya sekadar memenuhi ruang sedang hati mereka sudah menetapkan satu keputusan lain yang mereka dan kuncu-kuncunya sahaja yang tahu serta faham.
            Semangat Asean jelas menyatakan bahawa adik beradik tidak akan mencampuri urusan dalaman rumah tangga masing-masing. Malah laungan ini disebut setiap kali pertemuan antara pemimpin-pemimpin negara Asean di adakan seperti yang tercatat dalam deklarasi semangat Asean. Siap jabat tangan akrab dan senyum manis lagi!
            Kejujuran Malaysia dalam istilah bersahabat dan bersaudara amat jelas. Namun, nampaknya ada ahli keluarga Asean yang tidak 'respect' dengan kejujuran dan keikhlasan Malaysia itu .
            Apa yang Singapura cemburu sangat terhadap Malaysia ni? Itu soalan bodoh sebenarnya. Banyak benda yang mendorong Singapura kerap berpandangan serong kepada negara ini. Kalau tidak, takkanlah jadi tindakan mereka (diplomat) menyokong benda-benda yang melanggar undang-undang negara, seperti perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
            "Kalau nak sokongpun, sokonglah kerajaan yang memerintah, kamu (diplomat) tu adalah wakil kerajaan Singapura kepada kerajaan yang memerintah Malaysia. Kalau memang dah kamu minat sangat kepada pembangkang negara ini, maka tak payahlah jadi diplomat, jadilah penyamun tarbus!"
            Demikian antara komen rakan-rakan apabila membincangkan perangai pegawai diplomat Singapura yang dipercayai menyokong perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) naik angin. Khalayak juga turut marah!
            Jadi benarlah kata Tok Him (Dato' Ibrahim Ali), nyahkan mereka  dari Malaysia ini dengan segera dan gantikan dengan yang lain.
            Saya nak tambah sikit, bukan sahaja ganti yang baru, malah mana-mana diplomat yang datang selepas ini pulak, kita ajarkan secukup-cukupnya kedudukan, peranan dan tanggungjawab mereka dari A-Z sebagai pegawai diplomatik.
            Biarpun mereka memang sudah tahu, tapi kita kena ajar dia satu-satu sebab mereka ini selalu buat-buat tak tahu. Sebab itulah mereka melakukan  perkara yang boleh menyusahkan hubungan antara negara. Adik beradik pulak tu! Pendek kata kena buat macam mengajar budak-budak sebelum mereka melakukan kejadian yang  menyusahkan kita.
            Melihatkan perangai sang diplomat ini (yang juga menggambarkan sikap negaranya sendiri), saya teringat kata orang tua-tua bahawa orang seperti mereka ini disifatkan sebagai kalau kita biar dia berjalan di belakang kita, dia akan pijak tumit kita, maka tersembamlah kita ke bumi. Kalau pulak kita bagi ruang dia berjalan di depan,  dia akan berlari meninggalkan kita. Hendak diajak berjalan seiring, muka kitapun dia tak nak lihat.
            Huh, kacau.  Kacau sudah mari weh.....!
           

Jagindas:   ramai rakan-rakan yang suka membuat sesuatu tindakan yang menyebabkan saya jadi serba salah. Takkan nak kesian memanjang kut... 



Isnin, 25 Jun 2012

ORANG SELANGOR VS ORANG PAHANG


Saya mati angin. Banyak benda yang nak ditulis tapi otak macam jem pulak. Jadi, saya berehat sekejap dan sambil-sambil berehat tadi saya teringat satu cerita longgok (gurauan) yang pernah diceritakan oleh seorang rakan masa muda-muda dulu. Namun, apa-apa kandungan dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan mereka hidup atau yang telah mati. Hanya rekaan semata:

ceritanya begini. Seorang lelaki bujang yang bukan sahaja mempunyai kerjaya baik tetapi juga memiliki banyak harta.  Suatu hari dia ditemukan dengan seorang wanita yang cantik dan dia amat berkenan. Wanita ini berkerja di Kuala Lumpur.  Namun semasa berkenalan mereka tidak memperkenalkan  asal usul diri masing-masing sehinggalah diajukan beberapa soalan. Dalam tempoh berkenalan itu, dia (lelaki itu) sempat membawa kekasihnya itu berjalan-jalan sambil menunjukkan kehebatannya.

PEREMPUAN:              OOO.. besar dan mewahnya kereta abang..

LEKAKI :                       orang Selangor...

PEREMPAUN :             huuui, ini rumah abang? masyaAllah macam istana...

LELAKI :                       orang Selangor...

Begitulah keadaannya, setiap kali lelaki itu menunjukkan kehebatan miliknya, perempuan itu akan teruja dan meminta kepastian sambil memuji-muji manakala si lelaki  itu hanya senyum dan menyahut ringkas: orang selangor... Tahulah perempuan itu bahawa lelaki itu orang Selangor. Cintapun bertaut.
           
Maka sampailah hari dan ketikanya, bernikah kahwin lah mereka. Biasalah, malam pertama adalah malam istimewa. Malam sejarah. Malam gilang gemilang! Sebaik sahaja selesai menyempurnakan malam pertama, si Lelaki Selangor terus berbisik ke telinga isterinya. Tak tahu pulak apa yang dibisikkan. Cuma, si perempuan menjawab dengan megah dan bangga:

SUAMI:             (.....berbisik ke telinga isterinya..) ???

ISTERI:             orang Pahaaaaaang, bang..

SUAMI:            patut laa.....    (dan terus terdiam!)


Jagindas:   apa pulak yang dibisikkan tu sampai terdiam yop!   (sampai sekarang saya tak tahu apa yang dibisikkan orang selangor ke telinga orang pahang tu! hehehehe)



MELANCONG KE CHINA...


Petang tadi saya dipelawa oleh rakan-rakan dari kalangan kaum tionghua ke restoran kedai cina untuk menikmati minuman teh china panas. Mereka semua dah tua-tua macam saya juga. Berusia anatara 60 dan 80 tahun tapi masih cergas, sihat akal dan badannya. Kiranya petang ini saya berbual-bual sesama geng apek cuma bezanya saya masih berhati muda. hahaha.
            Mereka kata teh yang diminum petang itu adalah teh yang dibeli daripada negara China dari jenis berkualiti tinggi. Mahal, katanya. Mereka percaya teh china mampu memberikan kesihatan badan yang berkekalan selain membantu menstabilkan suhu badan.
            Saya bertanya siapa-siapa antara mereka yang baru balik melancong ke negara China atau menerima teh tersebut sebagai hadiah daripada kenkawan yang baru balik melancong. Rupa-rupanya mereka sendiri yang baru saja balik setelah sepuluh hari berada di sana.
            "Sudah tua, kerja pun tak lalu lagi, wang ada sikit-sikit, kasi jalan-jalan la sebelum mati" kata seorang daripada mereka memberitahu saya. Ok lah tu.  Bagi kita orang Islam, kita ada haji, ada umrah dan ziarah. Mekah dan Madinah tempatnya. Antara tempat yang mereka lawati termasuklah daerah Hunan yang  mereka anggap sebagai tempat wajib untuk dilawati jika ke China.  Setahu saya, Hunan adalah tempat kelahiran Moa Tse Tung.
            Saya terpukau melihat rakaman gambar foto ketika mereka di sana. Antaranya mereka menunjukkan rumah dan muzium Moa Tse Tung. Kita semua tahu, Moa Tse Tung adalah satu nama besar pemimpin komunis di China. Malah, pengaruhnya menjalar ke Malaya (nama negara ini sebelum dikenali sebagai Malaysia) sehingga timbul pula satu nama besar di Malaya iaitu Cheng Peng. Khabarnya, Cheng Peng tengah nazak di hospital Bangkok, Thailand.
            Kerana tidak gemar dengan tokoh itu, saya terus bertanya mengapa mesti melawat ke situ dan kenapa mereka  tidak memilih tempat lain  sebagai destinasi melancongnya. Biasalah, walaupun di lahirkan di sini dan usiapun sudah mencecah lebih 70, 80 tahun, namun mereka tidak upaya nak menjelaskan kepada saya melalui bahasa melayu tentang soalan saya itu.
            Maka, dalam bahasa yang tonggang langgang dan kenkadang langsung tak faham apakah butir buahnya, tetapi dapatlah saya simpulkan bahawa mereka mengingati tokoh itu sebagai satu tokoh besar yang mesti dihormati oleh semua orang cina hatta orang-orang cina diseluruh dunia sekalipun. Lebih kurang macam kita orang islam menghormati Nabi (saw).
            Kesimpulan saya pendek sahaja, ini bermakna walau dimanapun mereka (orang cina) berada, dia tetap menghormati sejarah peradaban permulaan bangsanya. Walau apapun perubahan yang berlaku sekarang terhadap diri mereka yang kini telah menjadi warganegara lain, bagi mereka keagungan tokoh berkenaan tiada tolak bandingnya.
            Melihatkan gelagat-gelagat apek ini, saya teringat ketika melawat indonesia beberapa bulan lalu. Di sana saya sempat berbual dengan seorang cina-indonesia. Dia bukan sahaja faseh berbahasa indonesia tetapi juga mahir menceritakan sejarah tempat-tempat yang saya lawati dalam bahasa itu.

Jagindasdi mana bumi dipijak di situ langit dijunjung