Rabu, 4 Julai 2012


JOM DAPATKAN TANDATANGAN DAYANGKU INTAN SABTU INI

PETANG SEMALAM, Jagindas dapat satu SMS  menjemput hadir ke ceramah politik anjuran bersama parti PKR dan PAS di Bandar Universiti, Seri Iskandar Bota, pada 7/7/12 selepas Isyak (Sabtu ini). Dia minta sebarkan kepada rakan-rakan. Alamak, keredit tak cukup le pulak...
            Bagaimanapun, terima kasih atas jemputan itu. InsyaAllah saya akan datang. Lama benar tak tengok Dayang Ku Intan secara live dan dekat-dekat. Rindu weh!
            "Semakin Rindu Semakin Sayang" adalah antara lagu popular Dayang Ku Intan sekitar tahun 90an (saya kurang pasti). Memang rindu bebenar.
            Saya nak dengar juga apa terjadi dengan saman RM3.9 juta yang difaikan dulu, kalau-kalau Dayang boleh selitkan sedikit dalam ceramah nanti. Tak payah cerita panjang-panjang, saya (rakan-rakan lain juga) nak tahu macam mana boleh jadi macam tu dari mulut Dayang sendiri.  Tu jer... Dahsyat depa tu, khianat betul! kan?
            Ok Dayang, selamat berceramah. Allahhu Akbar!
Sebelum itu mari kita layan klip ni sambil tersenyum-senyum menostalgiakan masa-masa itu. Hehehe...


Jagindassuatu masa dulu adik saya penyokong tegar PKR tapi syukurlah sekarang hatinya cinta dan kasih kepda UMNO! 

Selasa, 3 Julai 2012


LIRIK DAN MELODI BIARLAH  SERASI SUPAYA NYANYIAN DIPENUHI JIWA DAN RASA


HABSAH HASSAN  adalah antara barisan penulis lirik lagu terkenal tanahair. Saya amat menghargai karyanya. Kekuatan lirik Habsah, mampu mengheret seseorang penyanyi itu ke persada seni suara tanahair sebagai penyanyi popular dan disayangi. Namun, penulis lirik jarang-jarang sekali dikenali atau disebut orang. 
       Barangkali itulah sebabnya Habsah begitu berhati-hati memilih penyanyi untuk melenggokan lirik yang ditulisnya. Liriknya ditulis menerusi gabungan hati dan fikiran yang halus.
       Ada ketikanya, lirik beliau nampak romantis, namun jika dihalusi dari sudut bahasa dan puitis, liriknya melangkaui lebih daripada apa yang tersurat. Seperti lagu ini:



Jagindas:   korusnya tu.....    (pssst - fikir masak-masak sebelum membuat sebarang pilihan)

MCA! ADA FAHAM KA...?




AKHBAR UTUSAN MALAYSIA minggu ini melaporkan berita mengenai Persatuan Kriket Malaysia yang dipercayai bersekongkol dengan Israel (KLIK DI SINI dan DI SINI). Seperti yang umum maklum, bahawa negara ini tidak mempunyai hubungan dipolamtik dengan negara itu berikutan sikap, sifat dan kebiadapannya terhadap rakyat palestin.
            Itulah  sebab pentingnya, semua rakyat kena faham Bahasa Melayu, pepatah melayu, adat melayu dan makna negara Malaysia yang berdaulat. Rakyat juga kena tahu, kedudukan negara ini dalam sentuhannya terhadap dunia global, perhubungannya dengan negara-negara serantau dan antara benua termasuk politik, ekonomi dan sosialnya.
            Jangan diajar lidah bercakap berbelit-belit. Jangan diasuh minda memikir alasan demi alasan hanya semata-mata nak menegakkan benang yang basah. Atau demi nak jaga kepentingan diri.
            Kalau negara pun sudah tiada hubungan diplomatik dengan sesuatu negara di dunia ini, maka sesiapapun atas pentas apa sekalipun atau sifat apa sekalipun tidak boleh mensabitkan diri dengan apa juga cara dan sebab  hatta menyentuh bayang negara berkenaan sekalipun, jangan.
            Justeru, wahai Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), P. Krishnasamy, janganlah beralasan-alasan lagi. Mengaku sahajalah yang perbuatan itu sudah tersalah langkah, minta maaf kepada rakyat Malaysia dan jangan buat lagi. Kalau masih ada ikatan, putuskan saja ikatan itu. Tanpa kriket pun, negara ini tidak akan mundur kalau permainan itu mesti membabitkan Israel di peringkat antarabangsa.
            Habis cerita. Tak percaya you tanya Datuk Seri Najib, tanya Datuk Seri Hanifa Aman, betul tak saya kata? Kalau malu nak tanya, klik video di atas. Ada faham ka.. Hanifa tu cakap melayu!

Jagindasb, u, kata kalu BU. k, u, kata kalu KU - BUKU. huh letih....

DAHLAH DEGIL, LEPAS TU MENYALAHKAN ORANG LAIN PULAK.... perrgghhhhhhh!

RAKYAT Malaysia buat hal lagi. Kali ini golongan peniaga yang berniaga makanan dan minum halal. Tentulah pekedai-pekedai makanan dan restoran yang banyak terlibat.Enam bulan diberi tempoh memohon sijil dan logo halal yang DIHALALKAN  kerajaan, namun sehingga 30 Jun, lalu masih ada yang gagal berbuat demikian.
            Tempoh diberi kurang lebih 180 hari. Wah sibuk peniaga kita betul layan pelanggan, sehingga satu haripun tak boleh nak tinggalkan peremis perniagaan. Agaknya, taukehlah yang buka kedai, taukehlah yang beli barang, taukehlah yang kemas kedai, taukehlah yang masak, taukehlah yang ambil pesanan, taukehlah yang hantar pesanan, taukehlah yang kira dan taukehlakh...  Hah! penatlah. Patutlah mereka tidak ada masa nak ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islan Negeri (MAIN) bagi melaksanakan tugas itu.
            Dalam banyak hal, rakyat Malaysia memang ramai yang degil. Lihat saja kes-kes proses pemutihan pendatang dan pekerja asing (6P), memperbaharui mykad, pendaftaran sebagai pemilih pilihanraya, memasang tali pinggang keledar kereta dan macam-macam lagi, semuanya kerajaan terpaksa mengalah dimana tempoh asal yang diberikan dilanjut ke satu tempoh lain. Itupun, mintak lanjut, lanjut, lanjut lagi.
            Mengapa agaknya rakyat kita yang terbabit bersikap degil dengan perintah kerajaan sedangkan setiap sesuatu yang kerajaan arahkan itu mesti ada sebab-sebabnya terutama yang berkaitan dengan keselamatan awam dan tuntutan sosial.
            Bila kerajaan berikan tempoh yang singkat, rakyat akan kata kerajaan tidak berakal, zalim dan macam-macam lagi. Kalau pulak diberi tempoh yang panjang (bersesuaian), makin menjadi-jadi pulak leka mereka. Jadinya, berapa lama tempoh diberikan, masa tidak akan cukup. Alasan menyusul bertan-tan, berbakul-bakul yang dihujung-hujungnya tetap mengatakan kerajaan juga tidak bersimpati dengan masalah mereka.
            Kacaulah macam ni! Misai Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, sudah bergerak-gerak. Orang Perak kata dah mengeghuit-nguit (mengeruit-ruit). Baguslah Datuk Seri, ajar mereka berdidiplin mematuhi arahan. Menteri-menteri lain pun, kena macam itu. Sampai bila nak ansur, ansur, ansur! Asyik mengansur sahaja nampaknya. Selepas ini kita kenalah menolak pula.
            Kalau sikit-sikit hal semuanya dikaitkan dengan politik, implikasinya jabatan kerajaan tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Kita nak cepat maju, mahukan negara mencapai sasaran kemajuan dan permodenan kalau boleh mendahului masa yang ditetapkan, namun kalau rakyat terus-terus degil, proses tersebut pasti akan terencat.
            Justeru, kedegilan adalah satu penyakit yang semakin menjadi-jadi dikalangan rakyat negara ini yang perlu dibanteras kerana ia memberikan kesan dan impak yang buruk kepada kelancaran proses pembangunan dan kemajuan negara.


Jagindaskalau budak degil nak buat macam mana, yek?