DATUK LEE CHEE LEONG - TOLONGLAH..
KEPENATAN merayau-rayau dari satu tempat ke satu
tempat sambil mengusung kamera bagi memenuhi hobi saya menangkap gambar-gabar
yang difikirkan menarik, memabawa saya singgah sebentar di sebuah gerai kedai
kopi di Tanjung Tualang untuk menikmati segelas teh tarik bersama seorang
rakan.
Ketika
kami sedang menanti minuman yang dipesan sampai, saya terdengar dari meja sebelah beberapa
penduduk tempatan merungut-rungut kesal kerana di situ kononnya terlalu banyak
kedai yang menjalankan aktiviti perniaga judi mesin komputer.
Menurut
mereka, pekan kecil yang turut dikenali sebagai Pekan Udang Galah berikutan
terdapat banyak restoran cina yang mengusahakan masakan berasaskan udang galah sungai, pekan itu juga patut dinamakan sebagai PEKAN
KASINO disebabkan terdapat lambakan peremis yang menjalankan perniagaan
tersebut.
Apa
yang saya dengar dari perbualan mereka itu, ketika ini terdapat tidak kurang
dari lima peremis yang mengusahakan perniagaan berkenaan di situ. Tambah
mengerikan mereka mendakwa bahawa kedai-kedai judi tersebut beroperasi 24 jam
sehari.
Walaupun,
umum tahu aktiviti judi itu haram di sisi Islam, namun mereka mengatakan kebanyakan
pengunjung perimis judi itu adalah dari kalangan orang melayu tempatan dan dari
luar kawasan situ.
Menurut
mereka, pihak berkuasa memang ada melakukan operasi pencegahan dan penangkapan,
namun ia tidak memberikan kesan malah ada ura-ura mengatakan beberapa perimis
judi seperti itu akan dibuka lagi yang bakal menambahkan lagi jumlah peremis
judi di pekan kecil itu.
"Setahu
aku, judi mesin komputer ini tidak dikeluarkan lesen. Bermakna mereka
beroperasi secara haram malah secara terang-terang. Komplen sudah dibuat.
Serbuan juga pernah dilakukan oleh polis tetapi mengapa ia terus beroperasi
malah khabarnya akan bertambah lagi pula?
"Ini
kawasan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Takkan dia tidak tahu menahu langsung
apa yang berlaku di kawasannya sendiri? Tidakkah kes ini dalam bidang tugasnya?"
"Dalam
surat khabar dan berita sibuk mengatakan negeri orang lain menjalankan kegiatan
maksiat berleluasa sedangkan di kawasan ini pun sama. Apa benda semua ni, tak
faham lah!"
Begitulah
bunyi antara persoalan yang dilontarkan sesama mereka ketika meluahkan
kekesalan terhadap masalah itu.
Saya
dan rakan yang hanya memasang telinga
sejak tadi turut merasai apa yang terkilan di hati mereka itu dan persoalan
yang sama terdetik dalam hati saya. "Ada
yang tak kena ni!" itulah yang dapat saya katakan dalam hati.
Saya
tersenyum bila mendengar salah seorang dari mereka yang mencadangkan supaya
dinaikkan kain rentang atau papan tanda yang membawa maksud pekan itu sebagai
Pekan Kasino.
Namun
dibantah rakannya yang lain kerana tindakan itu akan memburukkan lagi nama pekan
kecil yang aman damai itu selain ia adalah bersalahan dengan undang-undang.
Jagindas: Datuk Lee Chee
Leong, rakyat sudah merungut-rungut tu. Jangan sampai nak tunggu rakyat marah
pulak. Politik, politik juga tetapi jenayah
tetap jenayah!