TUN MAHATHIR .... apa bukti saya diktator? |
Tun M Diktator
Salah sebuah
akhbar perdana hari ini memaparkan pertanyaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir, yang meminta pelawat bloggnya, di http://chedet.cc, supaya menunjukkan
bukti bahawa sepanjang pemerintahannya beliau adalah seorang diktator disini.
Barangkali sebagai menidakkan
dakwaan itu, Tun turut memberikan beberapa contoh pemimpin dunia terdahulu yang
baginya lebih "keras" sikap pemimpin berkenaan terhadap rakyat
berbanding beliau ketika memerintah dulu.
Bagi saya, buat apa kita nak
perbahaskan atau mengungkit-ungkit lagi kisah lama seperti itu. Kepada orang
awam, Tun kini dah bersara dan tidak ada kaitan langsung dengan pentadbiran
kerajaan sekarang yang diterajui oleh DatukSeri Najib Razak.
Kalau saudara-saudara ungkit
skalipun, ia tidak lebih dari melepaskan dendam dan amarah yang dulu-dulu
terhadap beliau yang mana tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan perspektif
minda masing-masing.
Begitu juga kepada Tun, cukuplah
sekadar menafikan jika benar tuduhan itu tidak benar. Tak payahlah hendak
minta-minta kemukakan bukti pulak. Buat apa hendak dipolimikan hal-hal seperti
ini.
Kalau ya sekalipun dakwaan itu, hendak
buat apa? Masa dah berlalu, segala-galanya sudah menjadi sejarah. Dan, kalau
tidak benar sekalipun dakwaan itu, hendak buat macam mana pula? Saman? Atau
terus berpolimik di media-media? Untuk apa kesudahnya?
Bagi saya bukan layak Tun nak
melayan dakwaan seperti itu..Biarkanlah mereka meraban melayan nafsu mereka
itu!
Jagindas: Kadang-kadang budak-budak yang suka merengek-rengek nak itu nak ini, kita
kena biarkan sahaja, jangan layan sangat. Lama-lama dia letih, diamlah dia atau
tertidur terus....